Date: Rabu, April 27, 2016
Ketua Pengarah Kerja Raya, YBhg. Datuk Ir.Hj. Adanan b Mohamed Hussain telah mengadakan lawatan ke JKR Negeri Pahang pada 25 dan 26 April 2016 sebagai sebahagian daripada program 'Walkabout' Pejabat KPKR ke JKR Negeri di seluruh negara pada tahun ini. 
 
Program 'Walkabout' dimulakan pada sebelah malam dengan sesi engagement bersama Rakan KKR Negeri Pahang. Program bertemu Rakan KKR Negeri Pahang ini turut disertai pengurusan tertinggi JKR Pahang. Sesi perjumpaan KPKR dengan Rakan KKR adalah bertujuan untuk mengeratkan hubungan, menghargai sumbangan rakan KKR dan seterusnya membantu KKR dan JKR dalam menjaga imej JKR di pandangan rakyat.
 
Pada keesokan harinya, program diteruskan dengan lawatan YBhg.Datuk KPKR ke Pejabat JKR Negeri Pahang. KPKR telah menyampaikan amanat beliau kepada warga JKR Pahang dalam menangani persepsi rakyat terhadap JKR dan seterusnya perubahan sikap untuk memastikan JKR kekal relevan dalam perkhidmatan kepada rakyat.
 
Setelah selesai Sesi Ramah Mesra KPKR bersama kakitangan JKR Pahang, KPKR telah mengadakan lawatan ke tapak Projek Pembinaan Perpustakaan Awam Negeri Pahang Fasa 2 dan juga ke tapak Projek Pembinaan Garaj Utama Kenderaan 8x8 dan Kenderaan Pasukan Serta Infrastruktur di Kem Batu 10, Kuantan Pahang. 
 
Semoga Program "Walkabout" ini akan meningkatkan hubungan dan persefahaman semua warga JKR demi mencapai kesepakatan yang diharapkan.