Date: Khamis, Januari 26, 2017
Program Workshop On Traffic Management Plan (TMP) telah berlangsung pada 26 Januari 2017 bertempat di Dewan CREaTE, Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan & Teknologi JKR (CREaTE), Alor Gajah, Melaka. Workshop telah dirasmikan oleh tetamu kehormat YBhg. Dato' Ir. Dr. Hasnul Bin Mohammad Salleh, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Infra) dan dihadiri oleh Pengarah Kanan Cawangan Jalan, YBhg. Dato' Dr. Meor Abdul Aziz Bin Osman, Pengarah Cawangan Senggara Fasiliti Jalan, YBrs. Ir. Zulakmal Bin Hj. Sufian, Pengarah Negeri, Pegawai-Pegawai Kanan JKR, KKR, Jurutera Daerah serta para jemputan yang terdiri daripada wakil Kontraktor, Konsultan, Road Safety Auditors, PLUS, CIDB dan Konsesi.
 
Antara perkara yang dibincang dan dirumuskan adalah seperti berikut:
 
1. Polisi dan strategi organisasi melibatkan penubuhan Jawatankuasa Pengurusan Trafik di peringkat daerah dan negeri;
2. Penyebaran ilmu pengetahuan dan pelaksanaan program latihan kepada Pegawai Pengurusan Trafik (TMO) dan perunding.
3. Penyelarasan perhubungan awam, media dan Public Outreach;
4. Rekabentuk TMP dan perolehan;
5. Penilaian kontrak dan perundangan;
6. Penyediaan spesifikasi dan garispanduan sebagai rujukan;
7. Pemberian ganjaran dan penalty kepada TMO dan Kontraktor;
8. Penilaian dan maklum balas TMP berdasarkan audit dan soal selidik;
9. Amalan pembinaan/penyengaraan, ITS dan teknologi inovatif bagi mengurangkan kesesakan dan kesulitan lalulintas; dan
10. Keperluan kerja jangka masa pendek bagi pembangunan tepi jalan, utiliti dan kerja penyenggaraan.
 
Program ini telahpun disusun bagi memastikan objektif workshop ini iaitu mengenal pasti isu-isu dalam TMP, kaedah penyelesaian jangka pendek dan jangka panjang dan pihak-pihak yang perlu mengambil tindakan, dapat dicapai.
 
Diakhir workshop ini, satu kompilasi rumusan telah diserahkan kepada YBhg. Dato' Ir. Dr. Hasnul Bin Mohammad Salleh, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Infra), bagi makluman kepada Pengurusan Atasan JKR Malaysia.