Date: Selasa, March 25, 2025

Program World#QuranHour 2025 peringkat JKR Malaysia telah berlangsung pada 25 Mac 2025 (Selasa) bersamaan 24 Ramadan 1446H bertempat di Surau Blok G, Aras 3 Menara Kerja Raya. Program yang telah mencapai usia sedekad penganjurannya telah berlangsung bermula jam 11.00 pagi hingga jam 1.30 tengah hari.  

Program #WORLDQuranHour2025 merupakan salah satu langkah membentuk perilaku masyarakat dan menerapkan amalan membaca al-Quran bagi membentuk akhlak mulia di dalam diri semua insan. Secara tidak langsung, program ini juga mendekatkan al-Quran dikalangan masyarakat, khususnya warga JKR Malaysia.

Program World#QuranHour 2025 ini telah berjalan serentak di seluruh negara, malahan ada juga negara-negara lain yang turut sama menganjurkannya pada masa yang sama. Pelaksanaan program ini di peringkat JKR adalah sebagai tanda sokongan terhadap inisiatif mewujudkan ekosistem yang lebih baik melalui penerapan nilai-nilai murni dari al-Quran kepada warga jabatan.

Dengan kehadiran seramai 62 orang peserta, program  #WORLDQuranHour2025 membawa misi Surah Al-Saff yang menekankan kepentingan kesatuan umat dalam memperjuangkan agama untuk manusia belayar di samudera kehidupan.

Program yang berlangsung selama dua (2) jam ini telah dimulakan dengan sesi Santapan Rohani dengan menampilkan Al-Fadhil Ustaz Amir Sharifuddin, Penolong Hal Ehwal Agama, Kementerian Kerja Raya dengan ceramah bertajuk “ Penerapan Budaya Kerja Cemerlang di Kalangan Kakitangan JKR”.  Program kemudian diteruskan dengan acara kemuncak iaitu sesi  tadabbur yang menampilkan pegawai JKR sendiri iaitu Ir. Ts. Mohd Farizal Bin Ibrahim, jurutera dari Cawangan Kejuruteraan Awam dan Struktur, Ibu Pejabat JKR Malaysia.

Secara keseluruhannya, program ini telah mencapai objektif penganjurannya iaitu mengumpulkan warga jabatan dalam satu majlis ilmu yang membentuk jiwa mencintai Al-Quran di samping menghayati intipati di dalamnya untuk kecemerlangan kehidupan dunia dan akhirat.

#IamJKR #KitaJKR #JKRsynergy 
#JasaKepadaRakyat