Date: Rabu, Oktober 27, 2021

Pada 23 Oktober 2021, rombongan lawatan kerja ke tapak projek Projek Menyiapkan Baki Kerja Terbengkalai Bagi Cadangan Pembinaan Hospital Petra Jaya (300 katil), Petra Jaya, Kuching, Sarawak (Reka dan Bina) – Tender Semula oleh YAB Perdana Menteri Malaysia Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob yang telah turut dihadiri bersama YBhg. Tan Sri Dato' Seri Mohd Zuki bin Ali, Ketua Setiausaha Negara Malaysia. YAB Datuk Patinggi (DR) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg,Ketua Menteri Sarawak, dan YB Dato' Sri Haji Fadillah bin Yusof, Menteri Kanan Kerja Raya . Laporan projek telah dibentangkan oleh Pengarah Pembinaan Ir Jasmi bin Wahab, Pasukan Projek Khas 2, JKR Malaysia dan turut dihadiri bersama Dato' Ir. Haji Mohamad Zulkefly Bin Sulaiman ,Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia.

Projek Menyiapkan Baki Kerja Terbengkalai Bagi Cadangan Pembinaan Hospital Petra Jaya (300 katil), Petra Jaya, Kuching, Sarawak (Reka dan Bina) – Tender Semula, sedang dilaksanakan oleh kontraktor penyiap iaitu Blackfox Engineering Sdn. Bhd. Tarikh milik tapak kepada kontraktor adalah pada 11 Januari 2021 manakala tempoh pembinaan adalah selama 156 minggu iaitu sehingga tarikh siap asal 7 Januari 2024. Kos kontrak bagi projek ini adalah sebanyak RM410,300,000.00.