Date: Rabu, September 4, 2024

JKR Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam Bin Hj. Ahmad, atas segala jasa bakti sepanjang tempoh perkhidmatan sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, khususnya dalam tadbir urus Kementerian, termasuk perancangan dan pelaksanaan projek-projek infrastruktur awam negara.

Semoga YBhg. Datuk Seri terus maju jaya dalam merealisasikan hasrat Reformasi Perkhidmatan Awam sejajar dengan aspirasi Kerajaan MADANI. 

Ikhlas daripada
Seluruh Warga JKR Malaysia