Date: Isnin, March 21, 2022

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti YBrs. Ir. ROSLAN BIN MAJID, CAWANGAN KEJUTERAAAN CERUN IBU PEJABAT JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA yang telah menamatkan perkhidmatan sebagai kakitangan awam pada 22 MAC 2022.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Pembantu Teknik Awam (J29), di Jabatan Kerja Raya Wilayah Perseketuan Kuala Lumpur pada 01 September 1984. Beliau telah berkhidmat hampir 38 tahun dan 6 bulan dalam perkhidmatan awam di pelbagai gred jawatan iaitu;

  1. Tahun 1984-1994: Pembantu Teknik Awam (J29), Jabatan Kerja Raya Wilayah Perseketuan Kuala lumpur
  2. Tahun 1994-1995: Pembantu Teknik Awam (J29), Kementerian Tanah (KADER)
  3. Tahun 1995-1997: Pembantu Teknik Awam (J29), Unit Latihan, Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat
  4. Tahun 1997-2004: Jurutera Awam (J41), Cawangan Kejuruteraan Jalan, Jabatan Kerja Raya
  5. Tahun 2004-2006: Jurutera Awam (J41), Cawangan Kejuruteraan Cerun, Jabatan Kerja raya
  6. Tahun 2006-2008: Jurutera Awam (J44), Cawangan Kejuruteraan Cerun, Jabatan Kerja raya
  7. Tahun 2009-2016: Jurutera Awam (J48), Cawangan Kejuruteraan Cerun, Jabatan Kerja raya
  8. Tahun 2016-2020: Jurutera Awam Penguasa (J52), Cawangan Kejuruteraan Geoteknik
  9. Tahun 2020-2022: Jurutera Awam Penguasa Kanan (J54), Cawangan Kejuruteraan Cerun, Jabatan Kerja raya

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa kelayakan, anugerah dan pengiktirafan antaranya;

a) Kelayakan Profesional

  1. Lembaga Jurutera Malaysia (Registration No. P 19499)
  2. The Institution of Enggineers Malaysia Registration No. 102032

  b) Sumbangan dan Kegiatan Dalam Tugas Rasmi

  1. Jawatankuasa Pusat Geospatial Negera Mewakili JKR, Cawangan Kejuruteraan Cerun
  2. Jawatankuasa Pengurusan Aset Kerajaan (JKPAK) (Fasiliti) Jabatan Kerja Raya Malaysia
  3. Jawatankuasa Pengurusan Aset Kerajaan (JKPAK) (Fasiliti) Kementerian Kerja Raya
  4. Jawatankuasa Bersama (JKR-LLM) Kelulusan Produk Bagi Kerja-Kerja Jalan (JBKPJ)
  5. Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara (NADMA)

d) Sumbangan dan Kegiatan Luar Tugas Rasmi

  1. Pasukan pingpong JKR- 2019
  2. Ahli Jawatankuasa Surau, Selayang Baru

e) Penghargaan dan Pengiktirafan

  1. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2014
  2. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2005
  3. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2003
  4. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 1989

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada Jabatan Kerja Raya khususnya dan negara amnya. Semoga YBrs. Ir. ROSLAN BIN MAJID dan keluarga akan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik serta dirahmati Allah.

Selamat Bersara.

"BAKTI DICURAH, JASA DIKENANG"