Date: Jumaat, April 1, 2022

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti YBrs. ABDUL HALIM BIN HAJI RAMAN, PASUKAN PROJEK KHAS 1, MENARA PJD JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA yang telah menamatkan perkhidmatan sebagai kakitangan awam pada 1 APRIL 2022.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Pembantu Teknik (J29), di Jabatan Kerja Raya Daerah Pulau Langkawi, pada 15 November 1984. Beliau telah berkhidmat hampir 38 tahun 5 bulan dalam perkhidmatan awam di pelbagai gred jawatan iaitu;

  1. Tahun 1984-1985: Pembantu Teknik (J29), Jabatan Kerja Raya, Daerah Pulau Langkawi
  2. Tahun 1985-1993: Pembantu Teknik (J29), Jabatan Kerja Raya Daerah Kubang Pasu
  3. Tahun 1995-1996: Pembantu Teknik (J29), Jabatan Kerja Raya Daerah Kota Setar/ Padang Terap
  4. Tahun 1996-2004: Jurutera Awam (J41), Jabatan Kerja Raya Daerah Kulim/ Bandar Baharu
  5. Tahun 2004-2007: Jurutera Daerah (J44), Jabatan Kerja Raya Daerah Baling
  6. Tahun 2007-2009: Jurutera Awam (J48), Jabatan Kerja Raya Daerah Kulim/ Bandar Baharu
  7. Tahun 2009-2010: Jurutera Awam (J48), Projek Khas KUIN
  8. Tahun 2010-2013: Jurutera Awam (J48), Jabatan Kerja Raya Negeri Perlis
  9. Tahun 2013-2016: Jurutera Daerah (J48), Jabatan Kerja Raya Daerah Seberang Perai Utara
  10. Tahun 2016-2018: Jurutera Awam (J52), Jabatan Kerja Raya Perak
  11. Tahun 2018-2019: Jurutera Awam(J52), PPPK (ICU) Kedah
  12. Tahun 2019-2020: Jurutera Awam (J52), Jabatan Kerja Raya Negeri Kedah
  13. Tahun 2020-2020: Jurutera Awam (J52), Jabatan Kerja Raya Negeri Perlis
  14. Tahun 2020-2022: Jurutera Awam (J54), Pasukan Projek Khas 1

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa kelayakan, anugerah dan pengiktirafan antaranya;

a) Kelayakan Profesional

  1. Berdaftar dengan Lembaga Jurutera Malaysia 1996

b) Penghargaan dan Pengiktirafan

  1. BCK (Bintang Perkhidmatan Cemerlang Kedah) 2010
  2. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2008
  3. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2002

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada Jabatan Kerja Raya khususnya dan negara amnya. Semoga YBrs. ABDUL HALIM BIN HAJI RAMAN dan keluarga akan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik serta dirahmati Allah.

Selamat Bersara.

"BAKTI DICURAH, JASA DIKENANG