Date: Jumaat, Disember 30, 2022

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti ENCIK AB. RASHID BIN ABDULLAH yang bakal menamatkan perkhidmatan sebagai kakitangan awam pada 2 JANUARI 2023.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Arkitek bertempat di Cawangan Bangunan Jabatan Kerja Raya pada 15 Januari 1990. Beliau telah berkhidmat lebih 32 tahun dalam perkhidmatan awam di pelbagai gred jawatan iaitu;

1.   Tahun 1990-1997: Arkitek (A17), Cawangan Bangunan Jabatan Kerja Raya

  1. Tahun 2000-2002: Penolong Pengarah(J3), Cawangan Kerja Bangunan Am2.
  2. Tahun 2002-2004: Penolong Pengarah (J41), Cawangan Bangunan, Jabatan Kerja Raya
  3. Tahun 2004-2007: Penolong Pengarah Kanan (J48), Cawangan Arkitek
  4. Tahun 2007-2007: Attache (J52), KBM Cambodia, PhnomPenh.
  5. Tahun 2008-2013: Arkitek Penguasa Kanan (J54), Cawangan Arkitek
  6. Tahun 2013-2015: Arkitek Penguasa Kanan (J54), Cawangan Arkitek
  7. Tahun 2015-2017: Arkitek Penguasa Kanan (J54), Cawangan Kerja Keselamatan
  8. Tahun 2017-2021: Arkitek Penguasa Kanan (J54), Cawangan Arkitek
  9. Tahun 2021-2023: Setiausaha Bahagian (JUSA C), Bhg. Perlaksanaan dan Perkhidmatan Kejuruteraan. KPKT

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa kelayakan, anugerah dan pengiktirafan. Antaranya ialah;

a) Kelayakan Profesional

  1. Berdaftar dengan Lembaga Arkitek Malaysia sebagai Arkitek Professional (No.Reg.: AG/A 581)

b) Lain-lain Kekompetenan

  1. Certified ISO 9001 QMS Lead Auditor.
  2. SME Hiasan Dalaman Tahap 5
  3. Panel Penilai Pensijilan Jabatan dalam Senibina- Hiasan Dalaman.

c) Sumbangan dan Kegiatan Dalam Tugas Rasmi

  1. Jawatan Kuasa Teknikal ICT JKR untuk menilai kertas cadangan ICT Jabatan (2017-2020)
  2. Jawatan Kuasa Pemandu ICT JKR untuk khidmat nasihat terhadap bidang ICT Jabatan      (2017-2020)
  3. Urusetia JK Teknikal BIM JKR (2019) untuk menguruskan dan memantau perlaksanaan BIM jabatan, melaporkan status serta masalah perlaksanaan BIM (2019)
  4. Jawatan Kuasa Penyediaan Garispanduan Mahkamah Baru, dibawah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, JPM. – Penyediaan susunatur 3 kluster ruang utama, sirkulasi bangunan mahkamah serta ergonomic perabot dan peralatan perbicaraan.
  5. WARKAH JKR 148 (Hari Profesion Teknikal Negara 2020) -Pengarang

d) Sumbangan dan Kegiatan Luar Tugas Rasmi

  1. World Road Congress Abu Dhabi 2019- Merekabentuk dan menyelia pembinaan booth pameran di Abu Dhabi, UAE.
  2. Majlis Resmi Jabatan - Persaraan KP, TKP,Pengarah-pengarah,kakitangan JKR dari 2010 hingga 2019- Menyediakan susunatur ruang, backdrop hiasan dewan.Menyelia pemasangan peralatan hiasan.
  3. Panel Pakar Penilaian Teknikal Dan Komersil Pavilion Malaysia untuk Expo Milan 2015. dibawah MITI. Memberi Nasihat terhadap Rekabentuk Pavilion, keboleh binaan, sirkulasi pengunjung dan susunatur pelbagai ruang. Memberi nasihat dalam pengisian bahan pameran.
  4. Panel Pakar Penilaian Teknikal Dan Komersil Tender Pavilion Malaysia untuk Expo Dubai 2020. dibawah Malaysian Green Technology Corporation. Memberi Nasihat terhadap Rekabentuk Pavilion dari segi ‘WOW Factor’, keboleh binaan, sirkulasi pengunjung dan susunatur pelbagai ruang. Memberi nasihat dalam pengisian bahan pameran.
  5. Memenangi Booth terbaik di International Construction Weeks 2012 di Kuala    Lumpur Convention Center.
  6. SWG CADD Standard. SIRIM
  7. (FRIM) Pasukan Kerja Khas Spesifikasi Perolehan Perabot Kerajaan- Penasihat teknikal perolehan perabot bina dalam dan perabot mudahalih projek-projek kerajaan.
  8. Ahli Lembaga Perolehan Kem.Komunikasi Multimedia Malaysia- Wakil KPKR 2010-2015
  9. Ahli Lembaga Perolehan Kem. Pertahanan Malaysia-  Wakil KPKR 2015-17
  10. Ahli Lembaga Perolehan Kem. Kebudayaan dan Pelancongan Malaysia-  Wakil   KPKR  2004-2008

e) Penghargaan dan Pengiktirafan

  1. Ahli Mangku Negara (AMN)-1994
  2. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) - 1996
  3. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) - 2001
  4. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) - 2005
  5. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) - 2018

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Semoga ENCIK AB. RASHID BIN ABDULLAH dan keluarga akan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik serta dirahmati Allah SWT.

Selamat Bersara.

"BAKTI DICURAH, JASA DIKENANG"