Date: Khamis, March 2, 2023

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti YBs. Sr NORAINI BINTI OTHMAN yang bakal menamatkan perkhidmatan sebagai kakitangan awam pada 2 Mac 2023.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Jurukur Bahan (J3) bertempat di Bahagian Ukur Bahan & Kontrak, Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia. Beliau telah berkhidmat lebih 30 tahun dalam perkhidmatan awam di pelbagai gred jawatan iaitu;

  1. Tahun 1993-1993: Jurukur Bahan (J3), Bahagian Ukur Bahan & Kontrak, Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia
  2. Tahun 1993-2004: Jurukur Bahan (J41), Bahagian Pembangunan dan Usahawan, Cawangan Negeri Johor,KKR
  3. Tahun 2004-2005: Jurukur Bahan (J41), Bahagian Kontrak dan Ukur Bahan, JKR Johor
  4. Tahun 2005-2007: Jurukur Bahan (J44), Bahagian Kontrak dan Ukur Bahan, JKR Perak
  5. Tahun 2007-2012: Jurukur Bahan Kanan (J48), Bahagian Kontrak dan Ukur Bahan, JKR Johor
  6. Tahun 2012-2014: Jurukur Bahan Kanan (J48), Bahagian Kontrak dan Ukur Bahan, JPS Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur
  7. Tahun 2015-2015: Juruukur Bahan Penguasa (J52), Bahagian Kontrak dan Ukur Bahan, JKR Melaka
  8. Tahun 2015-2019: Juruukur Bahan Penguasa (J52), Bahagian Kontrak dan Ukur Bahan, JKR Johor
  9. Tahun 2019-2021: Juruukur Bahan Penguasa Kanan (J54), Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE),
  10. Tahun 2021-2023: Jurukur Bahan Penguasa Kanan (J54), Pasukan Projek Khas PIPC

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa kelayakan, anugerah dan pengiktirafan. Antaranya ialah;

a) Kelayakan Profesional

  1. Juruukur Bahan Bertauliah dengan Lembaga Juruukur Bahan Malaysia (CQS)
  2. Ahli Royal Institution of Surveyors Malaysia (RISM)

b) Lain- lain Kelayakan Kekompetenan

  1. Kompetensi Pengurus Pentadbiran Kontrak (Ukur Bahan) Tahap 3

c) Sumbangan dan Kegiatan Dalam Tugas Rasmi

  1. Penceramah - Kursus Lesson Learned JKR Negeri Johor Siri 1/2016
  2. Penceramah – Kursus Pengurusan Kontrak anjuran Pusat Latihan dan Pembangunan Pengembangan Wilayah Selatan Ayer Hitam (Tahun 2016)
  3. Penceramah – Kursus Lesson Learned: Isu dan Permasalahan Dalam Pengurusan Kewangan dan Perolehan, JKR Johor (Tahun 2017)
  4. Urus Setia Mesyuarat Jurutera Awam JKR Malaysia Tahun 2017
  5. Pasukan Projek (Juruukur Bahan Penguasa)-Penyiapan Projek Pembinaan Sekolah Daif Fasa 1 Negeri Johor
  6. Pengerusi Persidangan Juruukur Bahan Sektor Awam 2019
  7. Urus Setia Program Pensijilan Kompetensi JKR (Tahun 2019)
  8. AJK (Disiplin Ukur Bahan) Bengkel Pembangunan Dokumentasi Pensijilan JKR (Tahun 2020)

d) Sumbangan dan Kegiatan Luar Tugas Rasmi

  1. Pengerusi Biro Hal Ehwal Wanita (HELWA), Kelab Sukan dan Kebajikan JKR Johor (Tahun 2008-2012)
  2. Bendahari Kelab Sukan, Kebajikan dan Rekreasi JPS Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur (KEJAPS) : Tahun 2012 - 2014
  3. Setiausaha PUSPANITA Ibu Pejabat JKR Johor (Tahun 2016)

e) Penghargaan dan Pengiktirafan

  1. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2016

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Semoga YBrs. Sr NORAINI BINTI OTHMAN dan keluarga akan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik serta dirahmati Allah SWT.

Selamat Bersara.

"BAKTI DICURAH, JASA DIKENANG"