Date: Khamis, Mei 7, 2020

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti Ar. HASNAH BINTI YUN, PENGARAH BAHAGIAN KEPAKARAN FASILITI KESIHATAN, CAWANGAN ARKITEK, IBU PEJABAT JKR MALAYSIA yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 11 Mei 2020.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Pembantu Teknik Senibina di Cawangan Bangunan, Ibu Pejabat JKR sebelum menjawat jawatan sebagai Arkitek pada tahun 1986 di Jabatan Perumahan Negara, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Sepanjang 38 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan dan tempat seperti berikut;

  1. Tahun 1982 - 1984 : Pembantu Teknik Senibina, Cawangan Bangunan, Ibu Pejabat JKR
  2. Tahun 1984 - 1985 : Cuti Belajar - Bachelor Of Architecture, University of Auckland, New Zealand
  3. Tahun 1986 - 1999 : Penolong Pengarah Senibina (Arkitek), Jabatan Perumahan Negara, KPKT
  4. Tahun 1999 - 2001 : Penolong Pengarah (Arkitek), Unit Rekabentuk Senibina, Cawangan Kerja Kesihatan, IP JKR
  5. Tahun 2001 - 2004 : Penolong Pengarah (Arkitek), Unit Design & Build, Cawangan Kerja Kesihatan, IP JKR
  6. Tahun 2004 - 2006 : Penolong Pengarah Kanan, Ketua Unit Rekabentuk Senibina 1, Cawangan Kerja Kesihatan, IP JKR
  7. Tahun 2006 - 2008 : Cuti Belajar - MSc Planning Buildings For Health, London South Bank University, UK
  8. Tahun 2008 - 2008 : Ketua Penolong Pengarah, Unit Pengurusan Projek 3, Cawangan Arkitek, IP JKR
  9. Tahun 2008 - 2016 : Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Rekabentuk Fasiliti Kesihatan 2, Cawangan Arkitek, IP JKR
  10. Tahun 2016 - 2018 : Arkitek Penguasa Kanan, Bahagian Pengurusan Projek 3, Cawangan Kerja Kesihatan, IP JKR
  11. Tahun 2018 - 2020 : Pengarah, Bahagian Kepakaran Fasiliti Kesihatan, Cawangan Arkitek, IP JKR

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa pengiktirafan antaranya;

a) Anugerah dan Pengiktirafan

  1. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 1995 - KPKT
  2. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2002 - KKR
  3. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2014 - KKR
  4. Sijil Perakuan Pensijilan Perancangan Fasiliti Kesihatan Tahap 5 - JKR (2017)
  5. Anugerah Pencapaian Istimewa JKR  (2016, 2017)
  6. Anugerah Arkitek Professional - Lembaga Arkitek Malaysia (2016)
  7. Anugerah Registered Project Director (RPD) (2017)
  8. Perakuan Kecekapan Pengurusan (Pembinaan) - Pengurus Projek Pembinaan oleh CIDB (2018)
  9. Anugerah Pingat Darjah Setia Mahkota (D.S.M) daripada Kerajaan Negeri Melaka (2017)
  10. Anugerah Pingat Kesatria Mangku Negara (K.M.N) daripada Yang Di Pertuan Agong (2017)
  11. Subject Matter Expert in Health Facility Planning - Jabatan Perkhidmatan Awam (2018)

b) Pengiktirafan Kelayakan Profesional dan Kekompetenan

  1. Arkitek Professional - Berdaftar dengan Lembaga Arkitek Malaysia (LAM)
  2. Ahli Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM)
  3. Registered Project Director (RPD), Jabatan Kerja Raya (2017)
  4. Perakuan Kecekapan Pengurusan (Pembinaan) - Pengurus Projek Pembinaan oleh CIDB (2018)
  5. Sijil Perakuan Pensijilan Perancangan Fasiliti Kesihatan Tahap 5 - Jabatan Kerja Raya (2017)
  6. Practitioner Pengurusan  Risiko  Projek  Fasiliti  Kesihatan
  7. Qlassic Assessor  Pegawai  Kanan  JKR

c) Sumbangan dan Kegiatan Dalam Tugas Rasmi

  1. Pengerusi J/Kuasa Standard Data Ruang Fasiliti Kesihatan (2019/2020)
  2. Pengerusi J/Kuasa Kajian Semula Architectural Health Facility Needs Statement (2019/2020)
  3. Ketua Panel Penilai dan Owner Pensijilan Senibina JKR Bagi Perancangan Fasiliti  Kesihatan
  4. Ketua Kumpulan Kepakaran Fasiliti Kesihatan, Cawangan Arkitek JKR (2019/2020)
  5. Penceramah Kursus Medical Planning Bagi Pegawai-pegawai JKR yang terlibat dengan pelaksanaan projek-projek fasiliti kesihatan
  6. Penceramah Kursus Pensijilan Perancangan Fasiliti Kesihatan Bagi Arkitek-Arkitek JKR
  7. Co-Writer for the paper presented at International Healthcare Seminar UIA-PHG 2019-30-31 July at Christchurch, New Zealand
  8. Ahli J/Kuasa Induk Bagi Standard Spesifikasi Bahan Binaan JKR 2019/2020
  9. Ahli J/Kuasa Penggubalan Modul Kompetensi Kontraktor Bagi Pelaksanaan Projek Fasiliti Kesihatan 2020
  10. Pengerusi J/Kuasa Bagi Penggubalan Garis Panduan Persisiran Pantai (JKR 2019/2020)
  11. Pengerusi J/Kuasa Bagi Penggubalan Architectural Needs Statement 2020
  12. Pembentang Kertas Kerja di Mesyuarat Koordinasi CKK-KKM (2014, 2015)
  13. Pembentang Kertas Kerja di Mesyuarat Koordinasi CKK-JKR
  14. Penceramah Kursus Road Map Standard Spesifikasi Piawai Baru JKR 2015
  15. Penceramah Kursus Audit Kualiti Senibina JKR (2014 - 2015)
  16. Panel Penilai Anugerah Inovasi Terbaik JKR 2015
  17. Ahli J/Kuasa Penggubal ‘Need Statement’ Skop Kerja Arkitek – Fasiliti Kesihatan 2014/2015
  18. Ahli J/Kuasa Standard Manual dan Data Ruang Fasiliti Kesihatan Vol 1 & 2
  19. Menyediakan Kertas Nota Jemaah Menteri Bagi Rekabentuk Modular Hospital Kerajaan (2012)
  20. Ahli J/Kuasa penggubal JKR Architects’ Strategic Frameworks 2009 – 2011
  21. Pengerusi J/Kuasa Penggubal Garis Panduan ’Post Occupancy Evaluation (POE)’ skop Medical Planning untuk projek fasiliti kesihatan – (JKR/KKM) - 2009/2010
  22. Ahli J/Kuasa Induk dan Penggubal Garis Panduan dan Kriteria Pertandingan Rekabentuk Hospital Baru Kerajaan (JKR/KKM) 2010
  23. Panel Penilai Pertandingan Rekabentuk Hospital Baru Kerajaan Kategori 268 Katil (2010)
  24. Pegawai Penilai Tahap Kompetensi Pegawai (PTK) Gred J44
  25. Ahli J/Kuasa Penggubal Garis Panduan Penemuduga Arkitek JKR Malaysia
  26. Panel Penemuduga Arkitek JKR bersama Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)
  27. Panel Penemuduga Arkitek JKR Malaysia Sempena Sesi Temuduga Jurutera/ Arkitek/ Ukur Bahan Gred J41 Lantikan Secara Contract For Service 2008
  28. Ahli J/Kuasa Penyediaan Garis Panduan EPU untuk keperluan rekabentuk fasiliti kesihatan
  29. Ahli J/Kuasa Penggubal Manual Prosedur Kerja SPK JKR-Penyeliaan dan Pembinaan
  30. Ahli J/Kuasa Penggubal Garis Panduan Pengurusan Pembinaan Projek Reka dan  Bina: (2004 - 2005)
  31. Ahli J/Kuasa Penggubalan Garis Panduan Kerja Arkitek (JKR) Penyeliaan dan Pembinaan
  32. Ketua penggubal ‘ Request For Proposal’ Skop Kerja Arkitek Projek Woman and Children Hospital Kuala Lumpur secara PFI (anjuran KKM)
  33. Ketua penggubal ‘Needs Statement’ skop kerja Arkitek Bagi projek Institiut Kanser Negara
  34. Ahli J/Kuasa penggubal Kehendak-kehendak Kerajaan (Need Statement) bagi Rekabentuk Projek-projek Fasiliti Kesihatan
  35. Ahli Bengkel Pengurusan Nilai dan Pengurusan Risiko Bagi projek-projek Fasiliti Kesihatan (2011 - 2018)

d) Sumbangan dan Kegiatan Luar Tugas Rasmi

  1. Ketua Pasukan Khas JKR Fasiliti Kesihatan dalam membantu NADMA menyediakan Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid 19 di Maeps, Serdang, Selangor (604 Katil) - Tempoh PKP 2020
  2. Wakil Tetap Jabatan Standard Malaysia untuk Working Group On Healthcare/ Hospital Lift (WG/R/3-6): 16R006R Patient Elevator/ Lift in Healthcare Facilities - Specification
  3. Khidmat nasihat perundingan teknikal kepada Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK), Kementerian Kesihatan Malaysia bagi penyediaan dokumen terperinci Medical Brief Of Requirement (MBoR) untuk Projek National Centre For Disease Control (NCDC), Sepang, Selangor
  4. Penceramah dan Panel Jemputan Health Facility Planning Seminar For Hospital and Health Managers di Hotel Grand Blue Wave Shah Alam - 10-13 Okt 2016 (anjuran KKM)
  5. Panel Penilai Projek Cabaran Genovasi 2013 – Healthcare Project
  6. Ahli J/Kuasa Penggubal Garis Panduan ‘Standards and Guidelines For Designing Of Operation Theatres’ In Ministry Of Health Hospitals (anjuran KKM )
  7. Ahli Lembaga Perolehan Tender Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Komunikasi (2010-2012) - Wakil Utama Jabatan
  8. Ahli Lembaga Perolehan Tender Kementerian Wilayah dan Kesejahteraan Bandar (2008-2010) - Wakil Utama Jabatan
  9. Ahli Lembaga Perolehan Tender Perbadanan Putrajaya (2008-2010) - Wakil Utama Jabatan
  10. Ahli Lembaga Perolehan Tender Kementerian Sumber Manusia - (2004-2005) – Wakil Jabatan
  11. Ahli Jawatankuasa Mesyuarat Pemeriksaan Bajet EPU Untuk Projek RMK-11 Bagi Seksyen Infrastruktur dan Kemudahan Awam – Wakil Jabatan
  12. Ahli Bengkel Mesyuarat ‘Meeting On Medical Brief Of Requirements For Designing Infectious Disease Wards In Ministry Of Health Hospitals’( anjuran KKM)
  13. Ahli Jawatankuasa PUSPANITA KPKT 1995 - 1997

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Diharapkan Ar. HASNAH BINTI YUN dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah.

Selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan Selamat Bersara.