Date: Isnin, March 2, 2020

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti Ar. ZAIRUL AZIDIN BIN BADRI, TIMBALAN KETUA PENGARAH KERJA RAYA (SEKTOR BANGUNAN), IBU PEJABAT JKR MALAYSIA yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 5 Mac 2020.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Penolong Pengarah (Arkitek) pada 1 September 1984 di Cawangan Kerja Pelajaran/ Pendidikan. Sepanjang 36 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan dan tempat seperti berikut;

  1. Tahun 1984 - 1991 : Penolong Pengarah (Arkitek), Cawangan Kerja Pelajaran
  2. Tahun 1991 - 1993 : Penolong Pengarah (Arkitek), Cawangan Kerja Bangunan (dipinjamkan)       
  3. Tahun 1994 - 1997 : Penolong Pengurus Pembinaan, Pasukan Projek Hospital UKM (HUKM)
  4. Tahun 1997 - 1999 : Penolong Pengarah (Arkitek), Cawangan Kerja Turnkey
  5. Tahun 1999 - 2001 : Penolong Pengarah (Arkitek), Cawangan Kerja Pendidikan
  6. Tahun 2001 - 2005 : Penolong Pengarah Kanan, JKR WP Kuala Lumpur
  7. Tahun 2005 - 2006 : Ketua Penolong Pengarah, JKR Negeri Perak
  8. Tahun 2007 - 2014 : Ketua Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Kerja Bangunan Am
  9. Tahun 2014 - 2016 : Pengarah Rekabentuk & Multimedia, Cawangan Arkitek   
  10. Tahun 2016 - 2018 : Pengarah Kanan, Cawangan Arkitek
  11. Tahun 2018 - 2020 : Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan)  

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa pengiktirafan antaranya;

a) Anugerah dan Pengiktirafan

  1. Kesatria Setia Di Raja (K.S.D), 2013
  2. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), 2001
  3. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), 2005
  4. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), 2008
  5. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), 2012

b) Pengiktirafan Kelayakan Profesional dan Kekompetenan

  1. Arkitek Profesional, Lembaga Arkitek Malaysia
  2. Ahli Korporat kepada Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM)

c) Sumbangan dan Kegiatan Luar Tugas Rasmi

  1. Committee Member of the ‘Monitoring Committee for ASEAN Architect” Malaysia, ASEAN Architect Council (2017 - 2021)
  2. Validation Panel (for Universities abroad), Council Of Accreditation For Architectural Education Malaysia (CAAEM) (2017 - 2021)           
  3. Board Member, Board Of Architects Malaysia (LAM) (2015 - 2021)
  4. Board Member, Board of Architects Malaysia (LAM) (2017 - 2021)
  5. President (Yang Di Pertua), Board of Architects Malaysia  (LAM) (2017 - 2021)
  6. Council Member, Council Of Accreditation For Architectural Education Malaysia (CAAEM) (2017 - 2021) 
  7. Ahli Jawatankuasa, Jawatankuasa Pelaburan dan Pembangunan, Majlis Agama Islam WP K. Lumpur (2010 - 2018/ 2019 - 2021) 
  8. Ahli Jawatankuasa, IWG- National Specification anjuran CITP-CIDB (2015 - 2017)

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Diharapkan Ar. ZAIRUL AZIDIN BIN BADRI dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah.

Semoga beliau dan keluarga sentiasa dikurniakan kesihatan dan kebahagian serta mendapat rahmat dan redha Allah SWT.

Selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan Selamat Bersara.