Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti DATO' Ir. HAJI RAZANI BIN AB. LAZID, PENGARAH JKR KELANTAN yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 27 September 2019.
Beliau mula berkhidmat sebagai Jurutera Kerja di JKR Kelantan pada 09 Ogos 1982. Sepanjang 37 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan dan tempat seperti berikut;
- Tahun 1982 - 1984 : Jurutera Kerja, JKR Kelantan
- Tahun 1984 - 1986 : Jurutera Bangunan, JKR Daerah Kota Bharu, Kelantan
- Tahun 1986 - 1991 : Jurutera Daerah, JKR Daerah Bachok, Kelantan
- Tahun 1992 - 1994 : Jurutera Bangunan, JKR Pahang
- Tahun 1994 - 1997 : Penolong Pengarah, JKR Pahang
- Tahun 1997 - 2001 : Penolong Pengarah, JKR Pahang
- Tahun 2001 - 2005 : Pengarah Teknikal, Unit JKR Ketengah
- Tahun 2005 - 2006 : Jurutera Daerah, JKR Daerah Temerloh, Pahang
- Tahun 2006 - 2008 : Pengarah Pengurusan Projek & Sumber Air, Kementerian Tenaga Air & Komunikasi
- Tahun 2008 - 2011 : Pengurus Besar Kanan Pembinaan, Cawangan Kerja Bangunan Am (CKBA)
- Tahun 2011 - 2015 : Setiausaha Teknikal, Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah (KKLW)
- Tahun 2015 - 2019 : Pengarah, JKR Kelantan
Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa pengiktirafan, antaranya;
a) Anugerah dan Pengiktirafan
- Anugerah Sijil Perkhidmatan Cemerlang , Kementerian Kerja Raya Malaysia Tahun 1996
- Anugerah ‘Best Leadership Candidate’ kursus 18th JPA-BMCC Management Development Programme 2009
- Surat Penghargaan Prestasi Cemerlang KKLW (2012)
- Anugerah Sijil Perkhidmatan Cemerlang KKLW Tahun 2014
- Darjah Kebesaran Negeri Pahang, Ahli Mahkota Pahang (AMP) (1999)
- Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (D.P.S.K) (2017)
b) Pengiktirafan Kelayakan Profesional dan Kekompetenan
- Jurutera Profesional, Lembaga Jurutera Malaysia
- Certified Master Project Director (MPD) daripada Australian Institute of Project Management (AIPM), Julai 2010
d) Sumbangan dan Kegiatan Tugas Rasmi
- Pembentangan kertas kerja on ‘Rural Water and Sanitation Programmes in Rural Malaysia, Issues and Challenges’ di CIRDAP-NIRD Collaborative International Training Programme on Management of Rural Drinking water and Sanitation Projects di Vientiane Lao PDR pada 19.3.2012.
- Pembentangan kertas kerja ‘Malaysian Experience on Rural Poverty Reduction’, di 8th Asean-China Forum on Social and Poverty Reduction di Myanmar pada 5.8.2014
- Pembentangan kertas Kerja ‘ Long Banga, Sarawak Micro Hydro Projects’ di International Training Programme on Micro Hidro Power for Rural Development di Padang Indonesia pada 24.3.2015
- Pembentangan kertas kerja “ Good Practices at Tesco Malaysia & UK Program JPA BMCC 2009”
- Pembentangan kertas kerja “ Pelaksanaan Projek Kampus 2 Inspen, Bangi Selangor (Isu & Cabaran ) 2010”
- Pembentangan Kertas Kerja Pameran Industri Pembinaan Lawatan Teknikal sempena Mesyuarat Pegawai Kanan (SOC) JKR Malaysia 2017, Bukit Gambang Resort City, Kuantan (2017)
- Ahli Jawatankuasa Kerja Pensijilan MS ISO 9001: 2008 KKLW
- Ahli Jawatankuasa Pengajian Program Bachelor Kejuruteraan Awan Universiti Putra Malaysia (2009 -2012)
e) Sumbangan dan Kegiatan Luar Tugas Rasmi
- Ahli Institusi Jurutera Malaysia
- Ahli Lembaga Pengarah Kelkon / PKINK BINA Sdn. Bhd.
- Ahli Lembaga Pengarah Air Kelantan Sdn. Bhd.
- Ahli Lembaga Pengarah Kijang Kuari Sdn. Bhd.
- Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Stadium Negeri Kelantan
- Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Muzium Negeri Kelantan
- Ahli Lembaga Pengarah Kem Kijang
Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Diharapkan DATO' Ir. HAJI RAZANI BIN AB. LAZID dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah.
Semoga beliau dan keluarga sentiasa dikurniakan kesihatan dan kebahagian serta mendapat rahmat dan redha Allah SWT.
Selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan Selamat Bersara.
- 2251 bacaan