Date: Rabu, Julai 3, 2019

Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti EN. CHOW WAH, JURUTERA AWAM PENGUASA KANAN, CAWANGAN KEJURUTERAAN AWAM & STRUKTUR, IBU PEJABAT JKR MALAYSIA yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 4 Jul 2019.

Beliau mula berkhidmat sebagai Jurutera Awam di Cawangan Kerja Tentera pada 16 Jun 1983. Sepanjang 36 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan dan tempat seperti berikut;


1) Tahun 1983 - 1986        : Jurutera Awam, Cawangan Kerja Tentera, Ibu Pejabat JKR Malaysia

2) Tahun 1986 – 1989        : Jurutera Awam Struktur, Jabatan Perumahan Negara

3) Tahun 1989 – 1996        : Jurutera Awam, Jabatan Perumahan Negara

4) Tahun 1996 – 1998        : Jurutera Tapak, Jabatan Perumahan Negara

5) Tahun 1998 – 2000        : Jurutera Awam, Cawangan Bangunan (Projek Pembinaan Bangunan MATRADE)

6) Tahun 2000 – 2002        : Jurutera Awam Kanan, Cawangan Bangunan (Projek Pembinaan Bangunan IMATEC INTAN, Bukit Kiara)

7) Tahun 2002 – 2007        : Jurutera Awam Kanan, Cawangan Bangunan (Projek Pembinaan mahkamah KL Jalan Duta)

8) Tahun 2007 – 2008        : Jurutera Awam Penguasa, Bahagian Pemantauan Perumahan Swasta

9) Tahun 2008 – 2012        : Jurutera Awam Penguasa, Seksyen Penyelenggaraan, Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan

10) Tahun 2012 – 2019      : Jurutera Awam Penguasa Kanan, Cawangan Kejuruteraan Awam dan Struktur, Ibu Pejabat JKR Malaysia                       

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa pengiktirafan, antaranya ;
 

a) Anugerah dan Pengiktirafan
1. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2009 dan 2015

b)  Pengiktirafan kelayakan profesional dan kekompetenan seperti berikut;
1. Berdaftar dengan Lembaga Jurutera Malaysia

c)  Lain-lain kelayakan kekompetenan seperti berikut;
1. Pensijilan Kompetensi Jurutera Awam (Tahap 4)

d) Sumbangan dan Kegiatan Tugas Rasmi
1. J/K Penilaian Pensijilan Kompetensi Jurutera Awam (Sivil)
2. J/K Kecekapan Penggunaan Air JKR
3. J/K Pelantikan Perunding CKAS
4. J/K Penyediaan Manual Rekabentuk Skop Kerja Sivil
5. J/K Spesifikasi JKR untuk Jalan
6. J/K Penyediaan Design Criteria untuk Skop Sivil
7. Kerta Kerja Bertajuk “Sistem Saliran Lestari – Bio Ecological Drainage System (BIOECODS)”
8. Lukisan Piawai untuk semua Skop Kerja Sivil  

e) Sumbangan dan Kegiatan Luar Tugas Rasmi
1. J/K Sumber Air Negara
2.  J/K Pasukan Audit LRT Stesen Abdullah Hukum
3. Chairman Working Group Malaysia Standard (SIRIM)– “Precast Concrete Pipes and Fittings for Drainage and Sewerage – Specification - pipes and fitting and Ogess Joints”

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Diharapkan EN. CHOW WAH dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera.

Selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan Selamat Bersara.