Date: Jumaat, April 5, 2019

Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti EN. HASSIM BIN IDIN, JURUTERA ELEKTRIK PENGUASA KANAN, JABATAN KERJA RAYA WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 7 April 2019.

Beliau mula berkhidmat sebagai Penolong Jurutera Elektrik di Kementerian Penerangan Malaysia pada 23 Ogos 1983. Sepanjang 36 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan dan tempat seperti berikut;

1) Tahun 1983 - 1997         : Penolong Jurutera Elektrik, Kementerian Penerangan Malaysia

2) Tahun 1997 – 2002        : Jurutera Elektrik, JKR Elektrik Selangor          

3) Tahun 2002 – 2005        : Jurutera Elektrik, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor

4) Tahun 2005 – 2007        : Jurutera Elektrik, Kementerian Luar dan Wilayah

5) Tahun 2007 – 2008        : Jurutera Elektrik Kanan, Jabatan Pembangunan Persekutuan Sabah, JPM

6) Tahun 2008 – 2009        : Jurutera Elektrik Kanan, Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi

7) Tahun 2009 – 2011       : Jurutera Elektrik Penguasa, Cawangan Kejuruteraan Elektrik, Ibu Pejabat JKR

8) Tahun 2011 – 2018        : Jurutera Elektrik Penguasa, JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya

9) Tahun 2018 – 2019        : Jurutera Elektrik Penguasa Kanan, JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa pengiktirafan, antaranya ;

a) Anugerah
1. Anugerah Khidmat Cemerlang (APC); Tahun 2002 dan 2014
2. Anugerah Pingat A.M.S (Ahli Mahkota Selangor) Tahun 2002.

b)  Pengiktirafan kelayakan profesional dan kekompetenan seperti berikut;
1. Berdaftar dengan Lembaga Jurutera Malaysia

c) Sumbangan dan Kegiatan Tugas Rasmi
1. Ahli Lembaga Pelupus Aset Alih MOF  
2. JawatanKuasa Teknikal IEC/TC Performance of Household
3. Ahli Lembaga Perolehan A & B MOSTI
4. Pegawai Integriti Jabatan
5. Pengerusi Surau Kompleks Kerajaan Parcel C

d) Sumbangan dan Kegiatan Luar Tugas Rasmi
1. AJK Masjid Kariah

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Diharapkan agar EN. HASSIM BIN IDIN dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah. Semoga beliau dan keluarga sentiasa dikurniakan kesihatan dan kebahagian serta mendapat rahmat dan redha Allah SWT.

Selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan Selamat Bersara.