Date: Jumaat, Jun 28, 2019

Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti EN. MD SAHIBUDIN BIN ZAKARIA, JURUTERA AWAM PENGUASA KANAN, CAWANGAN SENGGARA FASILITI BANGUNAN, IBU PEJABAT JKR MALAYSIA yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 29 Jun 2019.

Beliau mula berkhidmat di Cawangan Jalan, Ibu Pejabat JKR pada 1 April 1981. Sepanjang 38 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan dan tempat seperti berikut;


1) Tahun 1981 - 1983         : Pembantu Teknik, Cawangan Jalan, Ibu Pejabat JKR Malaysia

2) Tahun 1983 – 1985        : Jurutera Awam, Cawangan Jalan, Ibu Pejabat JKR Malaysia

3) Tahun 1985 – 1988        : Jurutera Awam, JKR Lebuhraya Timur Barat

4) Tahun 1988 – 1991        : Jurutera Awam, Cawangan Jalan, Ibu Pejabat JKR Malaysia

5) Tahun 1991 – 1997        : Jurutera Awam, JKR Kedah

6) Tahun 1997 – 2004        : Jurutera Awam, JKR Kelantan

7) Tahun 2004 – 2005        : Jurutera Awam Kanan, JKR Pembangunan Persekutuan Kelantan

8) Tahun 2005 – 2008        : Jurutera Awam Kanan, Cawangan Keselamatan, Ibu Pejabat JKR Malaysia

9) Tahun 2008                    : Jurutera Awam Kanan, Cawangan Kejuruteraan Senggara, Ibu Pejabat JKR Malaysia

10) Tahun 2008 – 2014      : Jurutera Awam Penguasa, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

11) Tahun 2014 – 2016      : Jurutera Awam Penguasa, Cawangan Senggara Fasiliti Jalan, Ibu Pejabat JKR Malaysia

12) Tahun 2016 – 2019      : Jurutera Awam Penguasa Kanan, Cawangan Keselamatan, Ibu Pejabat JKR Malaysia

 

Beliau merupakan Ahli Panel Penggubalan Sukatan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) JKR. Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Diharapkan agar EN. MD SAHIBUDIN BIN ZAKARIA dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah.

Semoga beliau dan keluarga sentiasa dikurniakan kesihatan dan kebahagian serta mendapat rahmat dan redha Allah SWT.

Selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan Selamat Bersara.