Date: Isnin, April 8, 2019

Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti EN. MOHAMAD SHUKOR BIN CHE MALEK, JURUTERA AWAM PENGUASA KANAN, BAHAGIAN REKA BENTUK JALAN ZON UTARA, CAWANGAN JALAN, IBU PEJABAT JKR MALAYSIA yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 9 April 2019.

Beliau mula berkhidmat sebagai Jurutera Awam di Cawangan Jalan, Ibu Pejabat JKR Malaysia pada 1 November 1990. Sepanjang 29 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan dan tempat seperti berikut;

1) Tahun 1990 - 2001         : Jurutera Awam, Cawangan Jalan, Ibu Pejabat JKR

2) Tahun 2001 – 2003        : Jurutera Awam, JKR Melaka      

3) Tahun 2003 – 2004        : Jurutera Awam, Cawangan Jalan, Ibu Pejabat JKR

4) Tahun 2004 – 2008        : Jurutera Awam Kanan, Pasukan Projek Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2, Terengganu

5) Tahun 2008 – 2013        : Jurutera Awam Penguasa, Cawangan Kejuruteraan Jalan dan Geoteknik, Ibu Pejabat JKR

6) Tahun 2013 – 2015        : Jurutera Daerah, JKR Daerah Melaka Tengah

7) Tahun 2015 – 2019       : Jurutera Awam Penguasa Kanan, Cawangan Jalan, Ibu Pejabat JKR

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa pengiktirafan, antaranya ;

a) Anugerah
1. Anugerah Khidmat Cemerlang (APC); Tahun 2001 dan 2012

b)  Pengiktirafan kelayakan profesional dan kekompetenan seperti berikut;
1. Berdaftar dengan Lembaga Jurutera Malaysia

c) Lain – Lain Kelayakan Kekompetenan
1. Berdaftar sebagai Senior Registered Project Manager

d) Sumbangan dan Kegiatan Tugas Rasmi
1. Pembentangan Kertas Kerja Bertajuk ‘4th Expert Meeting On Joint Research On Road Technologies For ASEAN Cross-Border Corridors ‘ di Vientianne, Loas yang dianjurkan oleh pihak MILT & JICA pada September 2017.

2. Pembentangan Kertas Kerja Bertajuk ‘Keperluan Kerja Ukur Dalam Proses Rekebentuk Jalan di Malaysia’ anjuran Cawangan Jalan, JKR Malaysia di Ibu Pejabat JKR Malaysia  pada Mac 2016.

3. Penyediaan Buletin Tecknikal  ‘Penggunaan Soil Stabilizer di Jalan Berkapasiti Rendah” untuk Cawangan Jalan pada Jun 2017.

4. Pembentangan Kertas Kerja Bertajuk ‘Pengurusan Trafik di Kawasan Pembinaan Jalan Raya‘ yang dianjurkan oleh Bahagian Korridor Infrastruktur Negeri Melaka pada Julai 2015.

5. Pembentangan Kertas Kerja Bertajuk ‘ Kawalan Kerja Kerja Pengorekan Jalan bagi Kerja Penanaman Utiliti Dalam Rezab Jalan’ yang dianjurkan oleh pihak MPHTJ & MBMB pada Ogos 2017.

6. Pembentangan Kertas Kerja Bertajuk ‘5th Expert Meeting On Joint Research On Road Technologies For ASEAN Cross-Border Corridors ‘ di Hanoi, Vietnam, Loas yang dianjurkan oleh pihak MILT & JICA pada Mac 2018.

7. Pembentangan Kertas Kerja Bertajuk ‘6th Expert Meeting On Joint Research On Road Technologies For ASEAN Cross-Border Corridors ‘ di Bangkok, Thailand yang dianjurkan oleh pihak MILT & JICA pada Julai 2018.

d) Sumbangan dan Kegiatan Luar Tugas Rasmi
1. Ahli Jawatankuasa Kelab Sukan Cawangan Jalan ( KESUJA ) sebagai Pengerusi Biro Rekrasi Tahun 2015 – 2018
2. Pasukan KIK JKR Melaka Tengah – Kumpulan Mutiara – Penasihat
3. Ahli Jawatankuasa Kelab Sukan JKR Melaka Tengah sebagai Pengerusi untuk Tahun 2014 – 2015
4. Ahli Jawatankuasa Kelab Sukan JKR Melaka sebagai Ahli Jawatankuasa Kebajikan untuk Tahun 2014 – 2015
5. Ahli Jawatankuasa Masjid Terapung Negeri Melaka sebagai penyelaras penyelenggaraan bangunan untuk Tahun 2014 – 2015
6. Ahli Persatuan Penduduk Taman Alam Damai Budi Ceras

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Diharapkan agar EN. MOHAMAD SHUKOR BIN CHE MALEK dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah. Semoga beliau dan keluarga sentiasa dikurniakan kesihatan dan kebahagian serta mendapat rahmat dan redha Allah SWT.

Selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan Selamat Bersara.