Date: Jumaat, Januari 20, 2023

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti, EN. MOHD SHARIDIN BIN ABD HALIM@MAT SOH, JURUTERA AWAM PENGUASA KANAN CAWANGAN KERJA BANGUNAN AM 1, yang telah menamatkan perkhidmatan sebagai kakitangan awam pada 20 JANUARI 2023.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Jurutera Awam(J41) bertempat di Jabatan Perumahan Negara pada tahun 1996.Beliau telah berkhidmat lebih 27 tahun dalam perkhidmatan awam di pelbagai gred jawatan iaitu;

  1. Tahun 1996-2005 Jurutera Awam (J41) Jabatan Perumahan Negara
  2. Tahun 2005-2009 Jurutera Awam (J41) JKR Daerah Gerik, Perak
  3. Tahun 2009-2013 Jurutera Awam Kanan (J48) JKR Kelantan (Pasukan Projek Khas)
  4. Tahun 2013-2017 Jurutera Awam Kanan (J48) JKR Kelantan
  5. Tahun 2017-2021 Jurutera Awam Penguasa (J52) Cawangan Selenggara Jalan
  6. Tahun 2021-2023 Jurutera Awam Penguasa Kanan (J54) Cawangan Kerja Bangunan Am 1 JKR Malaysia

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa kelayakan, anugerah dan pengiktirafan. Antaranya ialah

a)   Penghargaan Dan Pengiktirafan

  1. Anugerah perkhidmatan cemerlang APC -2000
  2. Anugerah perkhidmatan cemerlang APC -2012

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Semoga EN. MOHD SHARIDIN BIN ABD HALIM@MAT SOH dan keluarga akan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik serta dirahmati Allah SWT.

Selamat Bersara.

"BAKTI DICURAH, JASA DIKENANG"