Date: Khamis, Februari 9, 2023

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti ENCIK ABDUL HALIM BIN MAT DAUD yang bakal menamatkan perkhidmatan sebagai kakitangan awam pada 10 FEBRUARI 2023.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Jurutera Awam J3 bertempat di Jabatan Kerja Raya Kemaman, Terengganu pada 3 Jun 1996. Beliau telah berkhidmat lebih 26 tahun dalam perkhidmatan awam di pelbagai gred jawatan iaitu;

  1. Tahun 1996-2005: Jurutera Awam (J3), JKR Kemaman, Terengganu
  2. Tahun 2005-2006: Jurutera Awam (J44), Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
  3. Tahun 2007-2011: Ketua Penolong Setiausaha (KPSU) Teknikal (J48), Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
  4. Tahun 2011-2012: Jurutera Daerah (J48), JKR Mersing, Johor
  5. Tahun 2012-2015: Jurutera Awam Kanan (J48), BPP Pelbagai Negeri Cawangan Jalan JKR
  6. Tahun 2015-2019: Jurutera Awam Penguasa (J52), JKR WP Putrajaya
  7. Tahun 2019-2021: Jurutera Awam Penguasa Kanan (J54), Cawangan Kejuruteraan Cerun Ibu Pejabat JKR Malaysia
  8. Tahun 2021-2023: Jurutera Awam Penguasa Kanan (J54), Cawangan Senggara Fasiliti Bangunan dan ditempatkan di Pejabat  Pengurusan Fasiliti JKR, Kompleks Istana Negara

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa kelayakan, anugerah dan pengiktirafan. Antaranya ialah;

a) Kelayakan Profesional

  • Berdaftar dengan Lembaga Jurutera Malaysia (BEM) pada 2002

           No Pendaftaran :38872A

b) Sumbangan dan Kegiatan Dalam Tugas Rasmi

  1. Perlantikan sebagai Mentor Program Pementoran JKR Malaysia pada tahun 2014
  2. Johan Konvensyen Kumpulan Inovatif & Kreatif 2017 (Kumpulan SAKU) pada 01-03 Okt., 2017
  3. Anugerah Emas (Gold Medal) Prpgram 29th International Invention, Innovation Technology Exhibition (ITEX) 2018 bertempat di KLCC pada 10 -12 Mei,  2018
  4. AJK Operasi Pelan Strategik dan Pengurusan Risiko Kejuruteraan Cerun JKR Malaysia pada 20/10/2020 – 15/05/2021
  5. AJK Perubahan Kerja Peringkat Pegawai Penguasa Projek Pembaikan Cerun JKR Malaysia pada 15/9/2020 – 15/05/2021

c) Sumbangan dan Kegiatan Luar Tugas Rasmi

  1. Naib Yang Dipertua Kelab Sukan, Sosial & Kebajikan JKR WP Putrajaya Sesi 2016 - 2018
  2. Sukan Badminton  :  Beregu Veteran JKR WP Putrajaya dalam Karnival Sukan JKR Malaysia 2019 di Kota Kinabalu, Sabah
  3. AJK Sambutan Hari Kebangsaan Tahun 2018   JKR WP Putrajaya

d) Penghargaan dan Pengiktirafan

  1. Darjah Kebesaran Johan Mahkota Wilayah (J.M.W) 01.02.2023
  2. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kementerian Kerja Raya (Tahun 2017)
  3. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kementerian Belia & Sukan (Tahun 2009)
  4. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang JKR  Terengganu (Tahun 2004)

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Semoga ENCIK ABDUL HALIM BIN MAT DAUD dan keluarga akan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik serta dirahmati Allah SWT.

Selamat Bersara.

"BAKTI DICURAH, JASA DIKENANG"