Date: Jumaat, Julai 7, 2023

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti ENCIK ABDUL RAHIM BIN MOHD @ MOKHTAR yang akan menamatkan perkhidmatan sebagai kakitangan awam pada 7 JULAI 2023.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Jurutera Awam (J3) bertempat di Jabatan Kerja Raya KEJORA pada 1 November 1990. Beliau telah berkhidmat hampir 33 tahun dalam perkhidmatan awam di pelbagai gred jawatan iaitu;

  1. Tahun 1990-1998: Jurutera Awam (J3), Jabatan Kerja Raya KEJORA
  2. Tahun 1998-1998: Jurutera Awam (J3), Jabatan Kerja Raya Johor
  3. Tahun 1998-2000: Jurutera Awam (J3), JKR Daerah Batu Pahat
  4. Tahun 2000-2004: Jurutera Awam (J3), JKR Kuala Lumpur (Cawangan Jalan)
  5. Tahun 2004-2016: Jurutera Awam Kanan (J48), JKR KUALA LUMPUR (Cawangan Jalan) (Unit Projek Pembinaan)
  6. Tahun 2016-2018: Jurutera Awam Penguasa (J52), JKR KUALA LUMPUR (Cawangan Jalan) (Unit Pengurusan Projek Khas)
  7. Tahun 2018-2018: Jurutera Awam Penguasa (J52), Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
  8. Tahun 2018-2021: Jurutera Awam Penguasa Kanan (J54)(M), Cawangan Jalan IPJKR (Projek Wilayah Pantai timur (ECER)
  9. Tahun 2021-2023: Jurutera Awam Penguasa Kanan (J54), Cawangan Senggara Fasiliti Bangunan IPJKR

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa kelayakan, anugerah dan pengiktirafan. Antaranya ialah;

a) Sumbangan Dan Kegiatan Dalam Tugas Rasmi

  • Sijil Penghargaan di atas Sumbangan Bagi Menjayakan Pameran Sempena Simposium Kebangsaan The 1st National Symposium On Sustainable Infrastructure & Engineering (SUSTAIN 2015) Pada 16 Disember 2015 di UTM KL.

b) Penghargaan dan Pengiktirafan

  • Anugerah Perkhidmatan Cermerlang Tahun 2013 (24/04/2014)
  • Anugerah Perkhidmatan Cermerlang Tahun 2022 (05/04/2023)

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Semoga ABDUL RAHIM BIN MOHD @ MOKHTAR dan keluarga akan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik serta dirahmati Allah SWT.

Selamat Bersara.

"BAKTI DICURAH, JASA DIKENANG"