Date: Jumaat, Disember 2, 2022

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti Encik Adena bin Mamat, Jurutera Awam Penguasa Kanan, Cawangan Jalan, Pasukan Projek Khas, Unit Projek Khas ECER 3 yang akan menamatkan perkhidmatan sebagai kakitangan awam pada 3 Disember 2022.

Beliau telah berkhidmat hampir 39 tahun dalam perkhidmatan awam di pelbagai gred jawatan dan di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa kelayakan, anugerah dan pengiktirafan antaranya;

a) Penghargaan dan Pengiktirafan

1.     APC (IPJKR) Tahun 2019

2.     APC (IPJKR) Tahun 2013

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Semoga ENCIK ADENA BIN MAMAT dan keluarga akan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik serta dirahmati Allah.

Selamat Bersara.

"BAKTI DICURAH, JASA DIKENANG"