Date: Selasa, Disember 24, 2019

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti ENCIK AHMAD IZZUDDIN BIN OSMAN SALLEH, JURUTERA AWAM PENGUASA KANAN, PUSAT KECEMERLANGAN KEJURUTERAAN DAN TEKNOLOGI JKR (CREaTE) yang telah menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 28 Disember 2019.

Sepanjang 37 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan dan tempat seperti berikut;

  1. Jabatan Bekalan Air, Port Dickson, Negeri Sembilan
  2. Pusat Penyelidikan JPS KL
  3. Cawangan Bekalan Air, IP JKR
  4. JKR Negeri Sembilan
  5. Cawangan Jalan
  6. JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya
  7. Projek Penyaluran Air Mentah Pahang - Selangor (KETTHA)

Sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah memberi sumbangan, antaranya ;

  1. Laporan Keselamatan Empangan - Empangan Bekalan Air Malaysia
  2. Kajian Impak Ke Atas Keselamatan Empangan

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Diharapkan ENCIK AHMAD IZZUDDIN BIN OSMAN SALLEH dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah.

Semoga beliau dan keluarga sentiasa dikurniakan kesihatan dan kebahagian serta mendapat rahmat dan redha Allah SWT.

Selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan Selamat Bersara.