Date: Sabtu, Mei 2, 2020

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti ENCIK AMINUDDIN BIN JOHARI, JURUTERA ELEKTRIK PENGUASA KANAN, CAWANGAN KERJA BANGUNAN AM 1, IBU PEJABAT JKR MALAYSIA yang menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 1 Mei 2020.

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Diharapkan ENCIK AMINUDDIN BIN JOHARI dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah.

Selamat maju jaya dalam apa jua diceburi dan Selamat Bersara.