Date: Jumaat, April 9, 2021

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti ENCIK AMIRRUDIN BIN MOHAMED, JURUTERA MEKANIKAL PENGUASA KANAN, BAHAGIAN PAKAR FORENSIK, BUNYI DAN SENGGARAAN, CAWANGAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL, IPJKR yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 09 APRIL 2021.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Penolong Pegawai Penyelidik (S29) di SIRIM, Shah Alam pada Mac 1986. Sepanjang 35 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan seperti berikut;

  1. Tahun 1986 : Penolong Pegawai Penyelidik, SIRIM Shah Alam
  2. Tahun 1986 : Pembantu Teknikal Mekanikal, JKR Kuari Pusat, Pekan Awah, Temerloh, Pahang
  3. Tahun 1997 : Jurutera Mekanikal, Unit Projek Turnkey, IPJKR
  4. Tahun 1998 : Jurutera Mekanikal, Unit Projek-projek Khas, IPJKR
  5. Tahun 1998 : Jurutera Mekanikal, Unit Rekabentuk, Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, IPJKR
  6. Tahun 2003 : Jurutera Mekanikal, Cawangan Kerja Keselamatan, IPJKR
  7. Tahun 2004 : Jurutera Mekanikal Kanan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai, Negeri Sembilan
  8. Tahun 2008 : Jurutera Mekanikal Penguasa, Unit Rekabentuk, CKM, IPJKR
  9. Tahun 2011 : Ketua Penolong Pengarah Mekanikal, Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, JKR Negeri Selangor
  10. Tahun 2015 : Pengarah Bahagian Kejuruteraan, Agensi Nuklier Malaysia Bangi, Selangor
  11. Tahun 2016 : Jurutera Mekanikal Penguasa Kanan, Bahagian Pakar Forensik, Bunyi dan Senggaraan, CKM, IPJKR

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa kelayakan, anugerah dan pengiktirafan antaranya;

a) Kelayakan Profesional;

  1. BERDAFTAR DENGAN LEMBAGA JURUTERA MALAYSIA NO. PENDAFTARAN P119373

b) Sumbangan dalam Kegiatan Dalam Tugas Rasmi

Pembentangan/Penerbitan

  1. Ketua Jawatankuasa Kompitensi CKM/CREaTE (FORENSIK MEKANIKAL)

 

d) Penghargaan dan Pengiktirafan

  1. Darjah Kebesaran Sultan Sharifudin Idriss Shah (S.I.S)

 

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Diharapkan ENCIK AMIRRUDIN BIN MOHAMED dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah.

Selamat Bersara.

"BAKTI DICURAH, JASA DIKENANG"