Date: Khamis, November 28, 2019

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti ENCIK AZAHARI BIN MD NOR, JURUTERA AWAM PENGUASA KANAN, CAWANGAN KEJURUTERAAN INFRASTRUKTUR PENGANGKUTAN yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 2 Disember 2019.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Jurutera Awam di Cawangan Jalan, Ibu Pejabat JKR pada 14 September 1983. Sepanjang 36 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan dan tempat seperti berikut;

  1. Tahun 1983 - 1990 :  Jurutera Awam, Cawangan Jalan, Ibu Pejabat JKR
  2. Tahun 1990 - 2000 : Jurutera Awam, JKR Daerah Manjung, Perak
  3. Tahun 2000 - 2003 : Jurutera Awam, Cawangan Bangunan, Ibu Pejabat JKR
  4. Tahun 2003 - 2008 : Jurutera Awam Kanan, Cawangan Kerja Pendidikan
  5. Tahun 2008 - 2013 : Jurutera Daerah, JKR Daerah Melaka Tengah
  6. Tahun 2013 - 2016 : Jurutera Awam Penguasa, Kementerian Pengajian Tinggi (Kader)
  7. Mei - Nov 2016 : Jurutera Awam Penguasa, Cawangan Jalan
  8. Nov 2016 - 2019 : Jurutera Awam Penguasa Kanan, Cawangan Kejuruteraan Infrastruktur Pengangkutan

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa pengiktirafan, antaranya ;

a) Anugerah dan Pengiktirafan

  1. Bakti Khidmat Terpuji (BKT) Melaka
  2. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 1999
  3. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2009
  4. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2015

b) Sumbangan dan Kegiatan Tugas Rasmi

  1. Pegawai JPP CKIP (J/K Pelantikan Perunding)
  2. Ketua Panel Anugerah Kontraktor Cemerlang (Infra) 2018

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Diharapkan ENCIK AZAHARI BIN MD NOR dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah.

Semoga beliau dan keluarga sentiasa dikurniakan kesihatan dan kebahagian serta mendapat rahmat dan redha Allah SWT.

Selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan Selamat Bersara.