Date: Isnin, Jun 21, 2021

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti ENCIK AZIZAN BIN AB. RAHMAN, JURUTERA AWAM PENGUASA KANAN (J54), PASUKAN PROJEK PERSEKUTUAN NEGERI, JKR NEGERI KEDAH DARUL AMAN yang telah menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 20 JUN 2021.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Jurutera Jalan di JKR Klang, Selangor pada 07 Januari 1985. Sepanjang 36 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan seperti berikut;

  1. Tahun 1985: Jurutera Jalan, JKR Klang Selangor
  2. Tahun 1990 : Jurutera Kerja Bangunan (A18/A11), JKR Negeri Kedah
  3. Tahun 2004 : Jurutera Kerja Kanan Pendidikan, JKR Negeri Kedah
  4. Tahun 2008 : Ketua Penolong Pengarah Bangunan, JKR Negeri Pulau Pinang
  5. Tahun 2011 : Pengarah, JKR Negeri Perlis
  6. Tahun 2014 : Ketua Penolong Pengarah Kanan, KPKT Putrajaya
  7. Tahun 2014 : Ketua Penolong Pengarah Kanan, KPKT Zon Utara Negeri Kedah
  8. Tahun 2016 : Jurutera Awam Penguasa Kanan, Cawangan Kerja Cerun, IPJKR
  9. Tahun 2019-2021 :Jurutera Awam Penguasa Kanan, Pasukan Projek Persekutuan Negeri, JKR Negeri Kedah

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa kelayakan, anugerah dan pengiktirafan antaranya;

a) Sumbangan dan Kegiatan Dalam Tugas RAsmi

  1. Ahli Jawatakuasa Induk dan Kerja Sukan SUKMA Perlis

b) Sumbagan dan Kegiatan Luar Tugas Rasmi

  1. Ahli Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah Negeri Perlis dengan pangkat Mejar (Kehormat)

c) Penghargaan dan Pengiktirafan

  1. Bintang Cemerlang Kedah ( BCK) - 1998
  2. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang JKR Malaysia – 2001
  3. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang JKR Pulau Pinang – 2009
  4. Bintang Cemerlang Negeri Pulau Pinang ( BCN ) - 2012

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Diharapkan ENCIK AZIZAN BIN AB. RAHMAN dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah.

Selamat Bersara.

"BAKTI DICURAH, JASA DIKENANG"