Date: Ahad, Julai 11, 2021

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti ENCIK CHE MOHD FAUZE BIN CHE FADZIL, PENGARAH BAHAGIAN PEMANTAUAN PERUMAHAN SWASTA, JABATAN PERUMAHAN NEGARA, KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN yang bakal menamatkan perkhidmatan sebagai kakitangan awam pada 12 JULAI 2021.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Jurutera Jalan (Time Scale) di Jabatan Kerja Raya Larut Matang dan Selama, Taiping Perak pada 27 Ogos 1984. Beliau telah berkhidmat hampir 37 tahun dalam perkhidmatan awam di pelbagai gred jawatan iaitu;

  1. Tahun 1984 - 2000: Jurutera Jalan (Time Scale), JKR Larut Matang & Selama, Taiping Perak
  2. Tahun 2000 - 2008: Penolong Pengarah Jalan (J3), JKR Negeri Pulau Pinang
  3. Tahun 2008 - 2014: Penolong Pengarah Jalan (J52), JKR Negeri Melaka
  4. Tahun 2014 - 2015: Penolong Pengarah (J52), Unit PErancang Ekonomi, JPM
  5. Tahun 2015 - 2016: Penolong Pengarah Bangunan (J52), JKR Negeri Kedah
  6. Tahun 2016 - 2021: Pengarah (J54), Bahagian Pemantauan Perumahan Swasta, Jabatan Perumahan Negara, KPKT

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa kelayakan, anugerah dan pengiktirafan antaranya;

a) Penghargaan dan Pengiktirafan

  1. Pingat Pekerti Terpilih (PPT) Perak (1991)
  2. Bintang Cemerlang Melaka (BCM) Melaka (2011)
  3. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) – 2009
  4. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) – 2006
  5. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) – 1996

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Semoga ENCIK CHE MOHD FAUZE BIN CHE FADZIL dan keluarga akan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik serta dirahmati Allah.

Selamat Bersara.

"BAKTI DICURAH, JASA DIKENANG"