Date: Jumaat, Ogos 6, 2021

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti ENCIK FAUZI BIN JUNUS, JURUTERA AWAM PENGUASA KANAN, CAWANGAN PENGURUSAN ASET BERSEPADU & PENGURUSAN KORPORAT, JABATAN KERJA RAYA NEGERI TERENGGANU yang bakal menamatkan perkhidmatan sebagai kakitangan awam pada 7 OGOS 2021.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Pembantu Teknik (J5) bertempat di Bahagian Teknikal, KETENGAH pada 31 Mei 1983. Beliau telah berkhidmat hampir 38 tahun dalam perkhidmatan awam di pelbagai gred jawatan iaitu;

  1. Tahun 1983-1984: Pembantu Teknik (J5), Bahagian Teknikal, KETENGAH
  2. Tahun 1984-1991: Pembantu Teknik (J5), JKR KETENGAH
  3. Tahun 1991-1991: Pembantu Teknik (J5), JKR Setiu
  4. Tahun 1991-1994: Sambung Belajar
  5. Tahun 1994-2004: Jurutera Bangunan (J3), Bahagian Bangunan, JKR Dungun
  6. Tahun 2004-2005: Jurutera Bangunan (J41), Bahagian Bangunan, JKR Dungun
  7. Tahun 2005-2006: Penolong Pengarah (Senggara) (J44), Bahagian Jalan, JKR Negeri Terengganu
  8. Tahun 2006-2009: Penolong Pengarah Kanan (Senggara) (J48), Bahagian Jalan, JKR Negeri Terengganu
  9. Tahun 2009-2014: Ketua Penolong Pengarah (J48), Bahagian Bangunan, JKR Negeri Pahang
  10. Tahun 2014-2015: Jurutera Daerah (J48), JKR Maran
  11. Tahun 2015-2018: Jurutera Daerah (J52), JKR Kuala Terengganu
  12. Tahun 2018-2019: Jurutera Awam Penguasa Kanan (J54), Unit Pengurusan Prestasi Projek, CPAB JKR Malaysia
  13. Tahun 2019-2021: Jurutera Awam Penguasa Kanan (J54), CPAB & Pengurusan Korporat, JKR Negeri Terengganu

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa kelayakan, anugerah dan pengiktirafan antaranya;

a) Kelayakan Profesional

  1. Telah berdaftar dengan Lembaga Jurutera Malaysia pada 1994

b) Sumbangan Dan Kegiatan Dalam Tugas Rasmi

  1. Pembentang Ahli Majlis Daerah Maran, Pahang (2014-2015)
  2. Ahli Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (2015-2018)

c) Sumbangan Dan Kegiatan Luar Tugas Rasmi

  1. Ahli Jawatankuasa Kerja Kelab Golf Desa Dungun (1996-2004)
  2. Ahli Jawatankuasa Kerja Maran Hill Golf Resort (2014-2015)
  3. Ahli Jawatankuasa Kerja, Kelab Golf DiRaja Terengganu (2015-2018)
  4. Ahli Jawantankuasa Masjid Gong Kijang/Gong Sentul, Kuala Nerus,Terengganu (2015-2018)

d) Penghargaan dan Pengiktirafan

  1. Pingat Jasa Kebaktian (PJK) - 8/8/2002 – Hari Keputeraan DYMM Sultan Terengganu
  2. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Jabatan  - 2004
  3. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Jabatan    - 2012

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Semoga ENCIK FAUZI BIN JUNUS dan keluarga akan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik serta dirahmati Allah.

Selamat Bersara.

"BAKTI DICURAH, JASA DIKENANG"