Date: Rabu, Disember 2, 2020

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti ENCIK ISMAIL BIN ABD AZIZ, JURUTERA AWAM PENGUASA KANAN, CAWANGAN KERJA PENDIDIKAN, JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 02 DISEMBER 2020.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Jurutera Struktur (Kader) di Jabatan Perumahan Negara pada 16 Jun 1983. Sepanjang 37 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan dan tempat seperti berikut;

  1. Tahun 1983 : Jurutera Awam (Sangkut), Jabatan Perumahan Negara, KPKT
  2. Tahun 1983 : Jurutera Awam Tingkatan Biasa, Jabatan Perumahan Negara, KPKT
  3. Tahun1990 : Jurutera Awam Tingkatan Biasa, JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  4. Tahun 1997 : Jurutera Awam J3, Unit Perancang Korporat, Cawangan Perancangan, IPJKR
  5. Tahun 1999 : Jurutera Awam J3, Cawangan Bangunan
  6. Tahun 2001 : Jurutera Awam J2, Cawangan Bangunan
  7. Tahun 2007 : Jurutera Awam Penguasa, Cawangan Kesihatan
  8. Tahun 2009 : Jurutera Awam Penguasa Kanan, Cawangan Kejuruteraan Jalan & Geoteknik
  9. Tahun 2014 : Jurutera Awam Penguasa Kanan, Cawangan Jalan
  10. Tahun 2015 : Jurutera Awam Penguasa Kanan, Cawangan Kerja Pendidikan

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa kelayakan, anugerah dan pengiktirafan antaranya;

a) Kelayakan Profesional;

  1. AHLI LEMBAGA JURUTERA MALAYSIA

b) Sumbangan dalam Kegiatan Dalam Tugas Rasmi

  1. Wakil Utama Kepada KPKR Malaysia sebagai Ahli Dalam Lembaga Perolehan 'A' dan 'B' di Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW)
  2. Wakil (Gantian) kepada KPKR sebagai Ahli Dalam Lembaga Perolehan 'A' dan 'B' di KPM (Sektor Pelajaran)
  3. Ahli (Gantian) Jawatankuasa Projek Sakit (JKPS) Kementerian Pendidikan Malaysia
  4. Ahli (Gantian) Jawatankuasa Penilaian Perunding (JPP) Cawangan Kejuruteraan Awam dan Struktur
  5. Pengajar Kursus Pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9000 2001
  6. Ahlia Jawatankuasa Penilaian Perunding (JPP) Disiplin Ukur Tanah CKP
  7. Ahli Jawatankuasa Kelambatan dan Lanjutan Masa Peringkat CKP
  8. Ahli Jawatankuasa Penempatan CKP
  9. Ahli Jawatankuasa Perubahan Kerja Peringkat CKP
  10. Ahli Jawatankuasa Sebutharga Peringkat CKP
  11. Ahli Jawatankuasa Operasi ERM (Enterprise Risk Management) CKP
  12. Ahli Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun CKP

c) Penghargaan dan Pengiktirafan

  1. Anugerah Khidmat Cemerlang (AKC) 2004
  2. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2016

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Diharapkan ENCIK ISMAIL BIN ABD AZIZ dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah.

Selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan Selamat Bersara.