Date: Rabu, Jun 30, 2021

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti ENCIK MD SHAH NURI BIN MD ZAIN, JURUTERA ELEKTRIK PENGUASA KANAN J54, JABATAN KERJA RAYA yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 30 JUN 2021.

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Diharapkan ENCIK MD SHAH NURI BIN MD ZAIN dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah.

Selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan Selamat Bersara.

"BAKTI DICURAH, JASA DIKENANG"