Date: Khamis, Oktober 21, 2021

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti ENCIK MD YAZID BIN ARIS, KETUA JURUTERA ELEKTRIK, CAWANGAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK NEGERI JOHOR yang bakal menamatkan perkhidmatan sebagai kakitangan awam pada 21 OKTOBER 2021.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Pembantu Teknik Elektrik bertempat di KEJORA pada 17 April 1982. Beliau telah berkhidmat hampir 39 tahun dalam perkhidmatan awam di pelbagai gred jawatan iaitu;

  1. Tahun 1982-1990: Pembantu Teknik Elektrik, KEJORA
  2. Tahun 1990-2005: Jurutera Elektrik J3/J41, Elektrik JKR Negeri Johor
  3. Tahun 2005-2005: Jurutera Elektrik Kanan (J48), KUITTHO, Universiti Tun Hussein Onn
  4. Tahun 2005-2009: Jurutera Elektrik Kanan (J48), Cawangan Kerja Pengajian Tinggi, IPJKR
  5. Tahun 2009-2016: Jurutera Elektrik Penguasa (J52), Cawangan Kejuruteraan Elektrik, Persekutuan Negeri Pulau Pinang
  6. Tahun 2016-2021: Jurutera Elektrik Penguasa Kanan (J54), Cawangan Kejuruteraan Elektrik Negeri Johor

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa kelayakan, anugerah dan pengiktirafan antaranya;

a) Sumbangan dan Kegiatan Dalam Tugas Rasmi

  1. Pengerusi Kelab Sukan & Kebajikan CKE Johor
  2. Ahli Majlis Tertinggi, Kelab Sukan & Kebajikan JKR Johor
  3. Ahli Jawatan Kuasa Tetap Berganti, Projek Solving Governance JKR Johor
  4. Panel Penilai, Program Penilai Kerja JKR Johor
  5. AJK JITU JKR Johor
  6. Pengerusi Kelab Sukan & Kebajikan CKE Pulau Pinang
  7. Ahli Majlis Tertinggi, Kelab Sukan & Kebajikan JKR Pulau Pinang
  8. AJK Pengurusan Risiko JKR Pulau Pinang
  9. AJK Penilaian Program Kerja & Penjadualan Projek JKR Pulau Pinang
  10. AJK Panel Anugerah Tokoh JKR Pulau Pinang
  11. Pengerusi Persiapan Dewan Utama & Pentas Hari Inovasi JKR Malaysia
  12. AJK Persiapan Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkatr Kebangsaan

b) Sumbangan dan Kegiatan Luar Tugas Rasmi

  1. AJK PIBG SMK Taman Nusanjaya
  2. AJK PIBG SM Teknik Johor Bahru
  3. YDP PIBG SMK Tmn Desa Jaya Johor Bahru
  4. Bendahari Masjid Tmn Desa Jaya Johor Bahru
  5. Timbalan YDP PIBG SK Tmn Desa Jaya Johor Bahru
  6. Penolong Setiausaha Badan Khairat Kematian & kebajikan Islam Tmn Desa Jaya Johor Bahru
  7. Timbalan Pengerusi PIBG Sekolah Agama Tmn Desa Jaya Johor Bahru

c) Penghargaan dan Pengiktirafan

  1. Dikurniakan Bintang Ahli Mangku Negara (A.M.N) – Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Tahun 2019
  2. Menerima Pingat Kelakuan Terpuji (P.K.T) – Sempena Sambutan Harijadi Yg ke – 75 Tuan Yang Terutama pada 13.07.2013
  3. Penerima Anugerah Cemerlang Tahun - 2000, 2002, 2010 dan 2020

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Semoga ENCIK MD YAZID BIN ARIS dan keluarga akan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik serta dirahmati Allah.

Selamat Bersara.

"BAKTI DICURAH, JASA DIKENANG"