Date: Sabtu, Jun 12, 2021

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti ENCIK MOHAMAD BIN EMBONG, KETUA JURUTERA ELEKTRIK NEGERI TERENGGANU, CAWANGAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK, JKR NEGERI TERENGGANU yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 12 JUN 2021.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Jurutera Elektrik (J3) di CKE Ibu Pejabat pada 1 Disember 1997. Sepanjang 24 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan seperti berikut;

1.    Tahun 1997 - 2004 : Jurutera Elektrik (J3), CKE Ibu Pejabat

2.    Tahun 2004 - 2005 : Jurutera Elektrik J41, CKE Terengganu

3.    Tahun 2005 - 2005 : Jurutera Elektrik J44, Kem Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

4.    Tahun 2005 - 2007 : Jurutera Elektrik J44/J48, Cawangan Kerja Keselamatan

5.    Tahun 2007 - 2011 : Jurutera Elektrik Kanan J48, Pasukan Projek LPT2 (HODT Elektrik)

6.    Tahun 2012 – 2015 : Jurutera Elektrik Penguasa J52, CKE Ibu Pejabat

7.    Tahun 2015 - 2018 : Jurutera Elektrik Penguasa J52, Projek Fm Istana Negara (CSFB)

8.    Tahun 2018 - 2019 : Jurutera Elektrik Penguasa Kanan J54, Pasukan Projek Khas 2

9.    Tahun 2019 – 2021 :Ketua Jurutera Elektrik Negeri Terengganu, CKE Negeri Terengganu

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa kelayakan, anugerah dan pengiktirafan antaranya;

a) Kelayakan Profesional;

1.    Graduate Engineer BEM dan IEM sahaja

b) Sumbangan dalam Kegiatan Dalam Tugas Rasmi

1.    Ahli Working Group(SIRIM)  untuk  Standard MS bagi Switch Socket Outlet ,Kipas Siling & Low Voltage Circuit Breaker -2001-2004

2.    Ketua Pegawai  Audit SPKKP OHSAS JKR -Tahun 2017- Untuk  Audit Projek  Jalan  bagi  Zon   Selatan   (Melaka , Negeri Sembilan dan Johor)-Ada Sijil Lead Auditor OHSAS(SIRIM)-  Tahun 2013

3.    Pengerusi AJK Sebutharga  CKE Terengganu dan AJK Sebut Harga,EOT  & VO JKR Negeri Terengganu

c) Sumbagan dalam Kegiatan Luar Tugas Rasmi

1.    YDP Kelab Sukan Dan Kebajikan JKR Elektrik Negeri Terengganu

d) Penghargaan dan Pengiktirafan

1.    Anugerah Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2018

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Diharapkan ENCIK MOHAMAD BIN EMBONG dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah.

Selamat Bersara.

"BAKTI DICURAH, JASA DIKENANG"