Date: Rabu, March 11, 2020

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti ENCIK MOHAMAD SALEHHUDDIN BIN OTHMAN, TIMBALAN PENGARAH, JKR NEGERI PERAK yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 14 Mac 2020.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Jurutera Kerja pada 11 Oktober 1984 di JKR Kerja & Bangunan, Ipoh, Perak. Sepanjang 36 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan dan tempat seperti berikut;

  1. Tahun 1984 - 1989 : Jurutera Kerja, JKR Kerja & Bangunan, Ipoh, Perak
  2. Tahun 1989 - 1991 : Jurutera Projek, Projek Poliklinik, Hospital Besar Ipoh, Perak
  3. Tahun 1991 - 2004 : Jurutera Pendidikan, JKR Daerah Kinta, Perak
  4. Tahun 2004 - 2005 : Ketua Penolong Pengarah, Pasukan Projek Khas (Jalan), JKR Perak
  5. Tahun 2005 : Pasukan Petugas Khas, Rancangan Malaysia Ke-9, JKR Malaysia
  6. Tahun 2005 - 2007 : Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Kerja Kesihatan, Ibu Pejabat JKR
  7. Tahun 2007 - 2009 : Ketua Penolong Pengarah, Unit Projek Khas, Caw. Kerja Pendidikan, JKR Malaysia
  8. Tahun 2009 - 2011 : Pengurus Besar Pembinaan, Unit Pendidikan & Pengajian Tinggi, JKR Perak
  9. Tahun 2011 - 2014 : Jurutera Daerah, JKR Daerah Larut, Matang Dan Selama, Taiping, Perak
  10. Tahun 2014 - 2015 : Ketua Penolong Pengarah Kanan, Unit Pengurusan & Prestasi Projek, Caw. Projek Kompleks, JKR Malaysia
  11. Tahun 2015 - 2016 : Pengurus Besar Pembinaan Kanan, Pasukan Projek Khas (Bangunan), JKR Malaysia
  12. Tahun 2016 - 2019 : Jurutera Awam Penguasa Kanan, Caw. Perancangan Aset Bersepadu (CPAB), JKR Perak
  13. Tahun 2019 - 2020 : Timbalan Pengarah, JKR Negeri Perak

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa pengiktirafan antaranya;

a) Anugerah dan Pengiktirafan

  1. Anugerah Khidmat Cemerlang Kerajaan Negeri Perak - 1998
  2. Anugerah Khidmat Cemerlang Kementerian/Jabatan - 2000
  3. Anugerah  Perkhidmatan Cemerlang JKR Perak - 2002
  4. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kementerian Kerja Raya - 2007
  5. Sijil Penghargaan Prestasi Cemerlang JKR Perak - 2014
  6. Sijil Penghargaan Prestasi Cemerlang JKR Perak - 2018
  7. Anugerah Kurniaan Darjah Pingat Pekerti Terpilih (P.P.T) - 19 April 2004
  8. Anugerah Kurniaan Darjah Ahli Mahkota Perak (A.M.P.) - 19 April 2014
  9. Pemenang Grand Prize dalam Microsoft Office Guru Challenge - 2005 yang dianjurkan oleh Microsoft Malaysia
  10. Pemenang Tempat Pertama Pertandingan Penulisan Blog bagi Program Persada Minda JKR 2017 - Inspirasi Minda Merdeka
  11. Diploma bagi 11th Asian Junior Athletic Championships Ipoh - 2004
  12. Anugerah Inovasi Jabatan Kerja Raya 2013 (Penghargaan) untuk Inovasi Rekod Penanaman Cerucuk Pantas
  13. Certified Neuro Linguistic Programming (NLP) Practitioner - diterima pada 17 November 2017

b) Sumbangan Dalam Tugas Rasmi

  1. Penyertaan Inovasi Di International Trade Fair – Ideas/ Inventions/ New Products (iENA) 2013 di Nuremberg, Germany dan telah Memenangi Pingat Perak bagi 3 produk JKR Malaysia yang dipamerkan iaitu Papan Tanda Sementara (Pendulum Temporary Road Sign), ASAH Road Stud dan Alternative Kilometer Post (Type B).
  2. Pembentang Kertas Kerja bagi International Health Facility Conference anjuran Cawangan Kerja Kesihatan, JKR Malaysia pada tahun 2005 dan Project Management Seminar 2016 anjuran Jabatan Kerja Raya Malaysia di Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia pada 22 November 2016.
  3. Tenaga Pengajar bagi subjek Penjadualan Projek
  4. Ahli Jawatankuasa Penjadualan Projek JKR Malaysia
  5. Subject Matter Expert (SME) Projek ICT J10
  6. Penggubal/ Pemeriksa bagi Peperiksaan Jabatan Jurusan Awam Tahun 2006 - 2007
  7. Penggubal/ Pemeriksa bagi Peperiksaan Jabatan Jurusan Awam Tahun 2008 - 2009
  8. Penggubal/ Pemeriksa bagi Peperiksaan Jabatan Jurusan Awam Tahun 2010 - 2011

c) Sumbangan Di Luar Tugas Rasmi

  1. External Examiner bagi Final Year Project Fakulti Kejuruteraan Awam, Universiti Teknologi Petronas (UTP), Tronoh, Perak
  2. Johan Berpasukan –  Pasukan Ping Pong Kementerian Kerja Raya di Sukan KKR pada Tahun 2004
  3. Ahli Pasukan Ping Pong, JKR Perak – Sukan JKR Malaysia Tahun 2017 & 2019
  4. Johan Berpasukan – Pasukan Ping Pong JKR Ibu Pejabat Negeri Perak di Sukan Antara Daerah JKR Perak Tahun 2019
  5. Ketua Tempat Mengudi Kanan bagi Pilihan Raya Umum ke-7 bagi Pusat Mengundi SK Manjoi pada tahun 1986
  6. Pegawai Penguat Kuasa bagi Pilihan Raya Umum Ke-13 bagi P.059 Bukit Gantang pada  Tahun 2013
  7. Penolong Pegawai Pengurus bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 bagi P.065 Ipoh Barat pada Tahun 2018
  8. Pengerusi Kelab Sukan dan Kebajikan Ibu Pejabat JKR Perak

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Diharapkan  ENCIK MOHAMAD SALEHHUDDIN BIN OTHMAN dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah.

Semoga beliau dan keluarga sentiasa dikurniakan kesihatan dan kebahagian serta mendapat rahmat dan redha Allah SWT.

Selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan Selamat Bersara.