Date: Rabu, Oktober 2, 2019

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti ENCIK MOHD AZMI BIN CHE KOB, JURUTERA AWAM PENGUASA KANAN, PASUKAN PROJEK KHAS 1, IBU PEJABAT JKR MALAYSIA yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 05 Oktober 2019.

Beliau mula berkhidmat sebagai Jurutera Awam di JKR Terengganu  pada 27 Ogos 1984. Sepanjang 35 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan dan tempat seperti berikut;

  1. Tahun  1984 - 1991 : Jurutera Awam, JKR Terengganu
  2. Tahun 1991 - 2003 : Jurutera Awam, JKR Pahang
  3. Tahun 2003 - 2008 : Jurutera Awam Kanan, JBA Kuala Lipis, Pahang
  4. Tahun 2008 - 2013 : Jurutera Awam Penguasa, JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  5. Tahun 2013 - 2014 : Jurutera Awam Penguasa, Cawangan Kejuruteraan Senggara
  6. Tahun 2014 - 2016 : Jurutera Awam Penguasa, Bahagian Pembangunan, Kementerian Pertahanan
  7. Tahun 2016 - 2019 : Jurutera Awam Penguasa Kanan, Pasukan Projek Khas 1, CDPK
Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2010 dan juga Sijil Penghargaan di atas perkhidmatan selama 25 Tahun dengan Kerajaan Malaysia. 

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Diharapkan agar ENCIK MOHD AZMI BIN CHE KOB dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah.

Semoga beliau dan keluarga sentiasa dikurniakan kesihatan dan kebahagian serta mendapat rahmat dan redha Allah SWT.

Selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan Selamat Bersara.