Date: Selasa, Oktober 22, 2019

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti ENCIK MOHD ELHAM BIN ABD KASIM, JURUTERA AWAM PENGUASA KANAN, CAWANGAN SENGGARA FASILITI JALAN yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 23 Oktober 2019.

Beliau mula berkhidmat sebagai Jurutera Awam di Cawangan Jalan, Ibu Pejabat JKR Kuala Lumpur pada 15 Mei 1993. Sepanjang 26 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan dan tempat seperti berikut;

  1. Tahun 1993 - 1999 : Jurutera Awam, Cawangan Jalan
  2. Tahun 1999 - 2006 : Jurutera Awam, JKR Sabak Bernam, Selangor
  3. Tahun 2006 - 2008 : JKR Perak
  4. Tahun 2008            : JKR Kuala Lumpur
  5. Tahun 2008 - 2014 : Perak Tengah
  6. Tahun 2014 2018   : Cawangan Jalan
  7. Tahun 2018 - 2019 : Jurutera Awam Penguasa Kanan, Cawangan Senggara Fasiliti Jalan

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 2015.

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Diharapkan ENCIK MOHD ELHAM BIN ABD KASIM dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah.

Semoga beliau dan keluarga sentiasa dikurniakan kesihatan dan kebahagian serta mendapat rahmat dan redha Allah SWT.

Selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan Selamat Bersara.