Date: Selasa, September 7, 2021

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti ENCIK MOHD KHUSAIRI BIN MOHD ISA, JURUTERA AWAM PENGUASA KANAN, CAWANGAN SENGGARA FASILITI BANGUNAN, IBU PEJABAT JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA yang bakal menamatkan perkhidmatan sebagai kakitangan awam pada 8 SEPTEMBER 2021.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Jurutera Awam (Tingkatan Biasa) bertempat di Cawangan Rekabentuk dan Penyelidikan JKR pada 10 Oktober 1984. Beliau telah berkhidmat hampir 37 tahun dalam perkhidmatan awam di pelbagai gred jawatan iaitu;

  1. Tahun 1984-1986: Jurutera Awam (Tingkatan Biasa), Cawangan Rekabentuk dan Penyelidikan, JKR
  2. Tahun 1986-1998: Jurutera Awam (Tingkatan Biasa), Cawangan Jalan IPJKR
  3. Tahun 1998-2003: Jurutera Awam (J3), Cawangan Perancangan JKR
  4. Tahun 2001-2003: Jurutera Awam (J3), Cawangan Bangunan JKR
  5. Tahun 2003-2004: Jurutera Awam (J41), Cawangan Kerja Pendidikan, IPJKR
  6. Tahun 2004-2006: Jurutera Awam Kanan (J48), Cawangan Jalan, IPJKR
  7. Tahun 2006-2008: Jurutera Awam Kanan (J48), Cawangan Pengurusan Korporat, IPJKR
  8. Tahun 2008-2009: Jurutera Awam Kanan (J48), JKR Negeri Sembilan
  9. Tahun 2009-2014: Jurutera Awam Kanan (J48), Cawangan Alam Sekitar dan Kecekapan Tenaga, IPJKR
  10. Tahun 2014-2015: Jurutera Awam Penguasa (J52), JKR Negeri Selangor
  11. Tahun 2015-2015: Jurutera Awam Penguasa (J52), Cawangan Perancangan Aset Bersepadu, IPJKR
  12. Tahun 2015-2015: Jurutera Awam Penguasa (J52), JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya
  13. Tahun 2016-2018: Jurutera Awam Penguasa (J52), Cawangan Perancangan Aset Bersepadu, IPJKR
  14. Tahun 2018-2019: Jurutera Awam Penguasa (J52), Cawangan Kerja Bangunan Am 1, IPJKR
  15. Tahun 2019-2020: Jurutera Awam Penguasa Kanan (J54), Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (Kader)
  16. Tahun 2020-2021: Jurutera Awam Penguasa Kanan (J54), Cawangan Senggara Fasiliti Bangunan, IPJKR

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa kelayakan, anugerah dan pengiktirafan antaranya;

a) Penghargaan dan Pengiktirafan

  1. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Jabatan - 2009
  2. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Jabatan - 2007

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Semoga ENCIK MOHD KHUSAIRI BIN MOHD ISA dan keluarga akan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik serta dirahmati Allah.

Selamat Bersara.

"BAKTI DICURAH, JASA DIKENANG"