Date: Rabu, September 11, 2019

Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti ENCIK MOHD ZAWAWI BIN GHAZALI, JURUTERA AWAM PENGUASA KANAN, CAWANGAN JALAN, IBU PEJABAT JKR MALAYSIA yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 14 September 2019.

Beliau mula berkhidmat sebagai Jurutera Awam di Cawangan Pembangunan, JKR Kelantan  pada 1 Disember 1982. Sepanjang 37 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan dan tempat seperti berikut;

  1. Tahun 1982 - 1980 : Jurutera Awam, Cawangan Pembangunan, JKR Kelantan
  2. Tahun 1990 - 1998 : Jurutera Awam, Cawangan Jalan, Ibu Pejabat JKR Kuala Lumpur
  3. Tahun 1998 - 2001 : Jurutera Awam, JKR Kuala Terengganu, Terengganu
  4. Tahun 2001 - 2007 : Ketua Penolong Pengarah, Jabatan Pembangunan Persekutuan Sabah
  5. Tahun 2007 : Pengurus Besar Pembinaan, Cawangan Kerja Pengajian Tinggi (Projek Universiti Malaysia Sabah)
  6. Tahun 2007 - 2009 : Penolong Pengarah Kanan, Kementerian Pelajaran Malaysia
  7. Tahun 2009 - 2013 : Ketua Penolong Pengarah, Kementerian Pelajaran Malaysia
  8. Tahun 2013 - 2016 : Ketua Penolong Pengarah, Caw. Kej. Jalan dan Geoteknik, Ibu Pejabat JKR Kuala Lumpur
  9. Tahun 2016 - 2019 : Jurutera Awam Penguasa Kanan, Cawangan Jalan, Ibu Pejabat JKR Kuala Lumpur

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2014. Selain itu, beliau juga merupakan penceramah bagi Bengkel Penyelarasan Pelaporan Piagam Pelanggan JKR Malaysia, penceramah bagi Kursus Sistem Pemantauan Laporan Berpusat CKAS dan penceramah bagi Kursus/ Latihan Pengurusan Data di CIDB.

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Diharapkan agar ENCIK MOHD ZAWAWI BIN GHAZALI dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah.

Semoga beliau dan keluarga sentiasa dikurniakan kesihatan dan kebahagian serta mendapat rahmat dan redha Allah SWT.

Selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan Selamat Bersara.