Date: Selasa, November 10, 2020

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti ENCIK MUSTAFA KAMAL BIN SHAMSUDDIN, JURUTERA AWAM PENGUASA KANAN CAWANGAN KEJURUTERAAN CERUN, IBU PEJABAT JKR yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 10 NOVEMBER 2020.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Jurutera Awam di Unit Rekabentuk, Cawangan Jalan pada 22 November 1983. Sepanjang 37 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan dan tempat seperti berikut;

  1. Tahun 1983 - 1990 : Jurutera Awam, Unit Rekabentuk, Cawangan Jalan
  2. Tahun 1990 - 1992 : Jurutera Awam, Projek Jalan Langat Pakej 2A, Cawangan Jalan
  3. Tahun 1992 - 2001 : Jurutera Awam, Cawangan Kerja Dalam Negeri
  4. Tahun 2001 - 2007 : Pengarah Bahagian Kejuruteraan Awam, Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan
  5. Tahun 2007 - 2009 : Ketua Unit Teknikal, Kementerian Kebudayaan Kesenian Dan Warisan
  6. Tahun 2009 - 2013 : Ketua Unit Teknikal, Kementerian Komunikasi Dan Multimedia 
  7. Tahun 2013 - 2014 : Jurutera Daerah, JKR Gombak
  8. Tahun 2014 - 2020 : Jurutera Awam Penguasa Kanan, Cawangan Kejuruteraan Cerun

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa anugerah dan pengiktirafan antaranya;

a) Anugerah dan Pengiktirafan;

  1. Sijil Kepujian (Jabatan Kerja Raya) tahun 1991
  2. Sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (Kementerian Kerja Raya Malaysia) tahun 1997
  3. Sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (Kementerian Penerangan Komunikasi Dan Kebudayaan) tahun 2012

b) Sumbangan dan Kegiatan Dalam Tugas Rasmi;

  1. Lembaga Perolehan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (2015-2018)
  2. Tindakan Bersama Pemulihan Cameron Highlands (2017-2019)
  3. Induk Pengelola MJA 2019
  4. Bersama (JKR-LLM) Kelulusan Produk Bagi Kerja-Kerja Jalan (JBKPJ)
  5. Antara Agensi Bagi Melaksanakan Kajian Komprehensif Untuk Tinjauan Cerun Ekstrem Dan Banjir
  6. Antara Agensi Kerajaan Bagi Pengurusan Cerun (ICSM-Intergovernmental Committee On Slope Management)

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Diharapkan ENCIK MUSTAFA KAMAL BIN SHAMSUDDIN dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah.

Selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan Selamat Bersara.