Date: Rabu, November 24, 2021

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti ENCIK NOOR MAZLAN BIN MUHAMMAD NOOR, JURUTERA AWAM PENGUASA KANAN BAHAGIAN KEJURUTERAAN TRAFIK CAWANGAN JALAN, IBU PEJABAT JKR MALAYSIA, yang bakal menamatkan perkhidmatan sebagai kakitangan awam pada 26 NOVEMBER 2021.

Beliau memulakan kerjaya sebagai pembantu teknik bertempat di JKR Daerah Machang, Kelantan, pada 1 Ogos 1989. Beliau telah berkhidmat hampir 32 tahun dalam perkhidmatan awam di pelbagai gred jawatan iaitu;

  1. Tahun 1993­-1997 : Jurutera Awam , Cawangan Kerja Dalam Negeri, Ibu Pejabat JKR Kuala Lumpur.
  2. Tahun 1997-2005 : Jurutera Awam , Cawangan Perancangan, Ibu Pejabat JKR Kuala Lumpur.
  3. Tahun 2005-2007 :  Jurutera Awam ( J44 ) , Cawangan Pengurusan Korporat, Ibu Pejabat JKR Kuala Lumpur.
  4. Tahun 2007-2013 : Jurutera Awam (J48), Cawangan Pengurusan Korporat, Ibu Pejabat JKR Kuala Lumpur
  5. Tahun 2013-2015 : Jurutera Awam (J48), Cawangan Kejuruteraan Cerun, Ibu Pejabat JKR Kuala Lumpur
  6. Tahun 2015-2016 : Jurutera Awam (J48), Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
  7. Tahun 2016-2019: Jurutera Awam (J52), Bahagian Perancang Jalan, Kementerian Kerja Raya
  8. Tahun 2019-2021: Jurutera Awam (J54) , Cawangan Jalan, Ibu Pejabat JKR Malaysia

 

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa kelayakan, anugerah dan pengiktirafan antaranya;

a) Kelayakan Profesional

  1. Berdaftar sebagai Graduate Member dengan Lembaga Jurutera Malaysia

 

b) Sumbangan dan Kegiatan Dalam Tugas Rasmi

  1. Ahli jawatan kuasa ISO - TC204, Intelligent Transport System bagi tahun 2017 - 2021
  • Mengkaji dan mengubal standard yang akan diguna pakai dalam pelaksanaan Intelligent Transport System
  1. Member untuk PIARC Task Force B.2 on “Automated Vehicles: Challenges and opportunities for road operators and road authorities” bagi tahun 2018-2020.
  • Mengkaji peluang, cabaran, implikasi dan impak yang dapat di perolehi dari pelaksanaan / penggunaan kenderaan tanpa pemandu di jalan raya.

c) Sumbangan dan Kegiatan Luar Tugas Rasmi

  1. Majlis Bersama Jabatan KKR Malaysia untuk tahun 2017 – 2021 bagi Pertubuhan  Profesional JKR Malaysia (PROJKRM)
  2. Penal Penilai bagi Anugerah Kecemerlangan Industri Pembinaan Malaysia (The  Malaysian Construction Industry Excellence Awards – MCIEA) bagi tahun 2007 – 2019
  3. Council Member bagi Persatuan Intelligent Transport System Malaysia (ITSM) bagi tahun 2019 – 2021
  4. Mentor bagi Program MyHackthon PENJANA (MyHackthon Kuching, Sarawak) bagi tahun 2020
  5. IT Committee untuk Lembaga Jurutera Malaysia bagi tahun 2016 – 2018

d) Penghargaan dan Pengiktirafan

  1. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang - 2019
  2. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang - 2007
  3. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang - 2003
  4. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang - 2001

 

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Semoga Encik Noor Mazlan bin Muhammad Noor dan keluarga akan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik serta dirahmati Allah.

Selamat Bersara.

"BAKTI DICURAH, JASA DIKENANG"