Date: Jumaat, Mei 21, 2021

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti ENCIK ROSLI BIN OSMAN S.M.P, JURUTERA AWAM PENGUASA KANAN, CAWANGAN KEJURUTERAAN GEOTEKNIK yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 21 MEI 2021.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Pembantu Teknik di JPT Jerantut pada tahun 1988. Sepanjang 33 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan seperti berikut;

1.    Tahun 1988 - 1996 : Pembantu Teknik, JPT Jerantut

2.    Tahun 1996 - 1998 : Jurutera Bangunan (J3), JKR Maran

3.    Tahun 1998 - 2005 : Jurutera Bangunan (J3), JKR Negeri Pahang

4.    Tahun 2005 - 2008 : Jurutera Daerah (J48), JKR Jerantut

5.    Tahun 2009 - 2011 : KPP Struktur, JKR Negeri Pahang

6.    Tahun 2012 – 2014 : PPK, Geoteknik Jalan CKJG

7.    Tahun 2014 - 2015 : PPK, Inovasi dan Standard, Cawangan Jalan

8.    Tahun 2015 - 2016 : KPP, Rekabentuk Jalan Zon Utara, Cawangan Jalan

9.    Tahun 2017 – 2019 :Jurutera Daerah, JKR Temerloh

10.  Tahun 2019 - 2020 : Pengarah JKT, JKR,KPKT

11.  Tahun 2020 – 2021 : Jurutera Awam Penguasa Kanan, Cawangan Kejuruteraan Geoteknik

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa kelayakan, anugerah dan pengiktirafan antaranya;

a) Kelayakan Profesional;

1.    Graduate Member of BEM (No. Pendaftaran : 24555A (Tahun 1996)

b) Sumbangan dalam Kegiatan Dalam Tugas Rasmi

1.    Ahli - Board of Engineers (BEM) (1996)

2.    Wakil (Gantian) KPKR - Lembaga Perolehan KKLW dan Agensi Dibawahnya (2017- 2018)

3.    Urusetia / Pegawai / Penilai – Jawatan Kuasa Kelulusan Produk Jalan (2014-2015)

4.     Ahli Jawatankuasa Kemaskini ATJ Papan Tanda – Cawangan Jalan JKR Malaysia (2015--2016)

5.    Ahli Jawatankuasa Kemaskini ATJ KM Post – Cawangan Jalan JKR Malaysia (2015 – 2016)

6.    Pengerusi Jawatan Kuasa Kemaskini  ATJ Guardial – Cawangan Jalan JKR Malaysia (2016)

7.    Ahli Jawatankuasa Kemaskini ATJ Kerja Ukur – Cawangan Jalan JKR Malaysia (2016)

8.    Ahli Jawatankuasa Kecil Penilaian Teknikal (JKPT) bagi Produk-produk Geoteknik (2020-2021)

9.    Ahli Jawatankuasa Sebut Harga (Bagi Penggiliran Kontraktor Secara Manual) – Cawangan Kejuruteraan Geoteknik (2021)

10.  Mesyuarat  Jawatankuasa  Pengurusan  Kewangan dan  Akaun (JKPA) – Cawangan

11.  Kejuruteraan Geoteknik (2020-2021)

c) Sumbagan dalam Kegiatan Luar Tugas Rasmi

1.    Yang Dipertua Kelab Sukan & Kebajikan  JKR Temerloh (2017 – 2018)

2.    Ahli Majlis Perbandaran Temerloh (2018)

3.    Penaung Temerloh radio Amatuer Society (2018)

d) Penghargaan dan Pengiktirafan

1.    Anugerah Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 1992, 2002, 2009

2.    Pingat Setia Mahkota Pahang  - Tahun 2008

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Diharapkan Encik Rosli Bin Osman S.M.P dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah.

Selamat Bersara.

"BAKTI DICURAH, JASA DIKENANG"