Date: Selasa, Januari 31, 2023

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti, ENCIK SHAHRIR BIN SALLEH, JURUTERA AWAM PENGUASA KANAN, CAWANGAN PERANCANGAN ASET BERSEPADU, IBU PEJABAT JKR MALAYSIA yang telah menamatkan perkhidmatan sebagai kakitangan awam pada 31 JANUARI 2023.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Pembantu Teknik Awam bertempat di Jabatan Kerja Raya Daerah Machang, Negeri Kelantan pada tahun 1984.Beliau telah berkhidmat hampir 39 tahun dalam perkhidmatan awam di pelbagai gred jawatan iaitu;

  1. Tahun 1984-1986: Pembantu Teknik Awam, JKR Daerah Machang, Negeri Kelantan
  2. Tahun 1986-1994: Pembantu Teknik Awam, JKR Daerah Pasir Puteh, Negeri Kelantan
  3. Tahun 1994-1999: Pembantu Teknik Awam, JKR Daerah Gua Musang, Negeri Kelantan
  4. Tahun 1999-2007: Jurutera Awam (J3), Unit Tentera, JKR TLDM Lumut , Negeri Perak
  5. Tahun 2007-2012: Jurutera Awam Kanan (J48), Cawangan Kerja Keselamatan, IPJKR
  6. Tahun 2012-2016: Jurutera Awam Kanan (J48), Cawangan Jalan, IPJKR
  7. Tahun 2016-2018: Jurutera Awam Kanan (J48), Cawanagan Kerja Keselamatan, IPJKR
  8. Tahun 2018-2022: Jurutera Awam Penguasa (J52), JKR Wilayah Persekutuan, IPJKR
  9. Tahun 2022-2023: Jurutera Awam Penguasa Kanan (J54), Cawangan Perancangan Aset Bersepadu, IPJKR

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa anugerah dan pengiktirafan. Antaranya ialah

a)   Penghargaan Dan Pengiktirafan

  1. Anugerah perkhidmatan cemerlang APC -2005
  2. Anugerah perkhidmatan cemerlang APC -1995

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Semoga ENCIK SHAHRIR BIN SALLEH dan keluarga akan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik serta dirahmati Allah SWT.

Selamat Bersara.

"BAKTI DICURAH, JASA DIKENANG"