Date: Isnin, Julai 3, 2023

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti Encik Zamani bin Omar yang telah menamatkan perkhidmatan sebagai kakitangan awam pada 2 JULAI 2023.

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Semoga Encik Zamani bin Omar dan keluarga akan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik serta dirahmati Allah SWT.

Selamat Bersara.

"BAKTI DICURAH, JASA DIKENANG"