Date: Rabu, Januari 15, 2020

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti ENCIK ZULFAKAR BIN ABD HADI, PENGARAH SEKSYEN PENGURUSAN PROJEK, BAHAGIAN BEKALAN AIR, KEMENTERIAN AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI yang menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 18 Januari 2020.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Jurutera Awam di Ibu Pejabat JKR, Kuala Lumpur pada 16 Januari 1984. Sepanjang 36 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan dan tempat seperti berikut;

  1. Tahun 1984 - 1985 : Jurutera Awam,  Ibu Pejabat JKR Kuala Lumpur
  2. Tahun 1985 - 1996 : Jurutera Awam, Jab. Bekalan Air Negeri Sembilan
  3. Tahun 1996 - 2004 : Pengurus Air Daerah Seremban, Jab. Bekalan Air Daerah Seremban
  4. Tahun 2004 - 2004 : Jurutera Awam Kanan,Caw. Bekalan Air, Ibu Pejabat JKR Kuala Lumpur
  5. Tahun 2004 - 2008 : Jurutera Awam Kanan, Kem. Tenaga, Air Dan Komunikasi, Putrajaya
  6. Tahun 2008 - 2013 : Jurutera Awam Penguasa, Pasukan Projek Penyaluran Air Mentah Dari Pahang Ke Selangor
  7. Tahun 2013 - 2016 : Timbalan Pengarah, Jabatan Bekalan Air, Kem.Tenaga,Teknologi Hijau Dan Air, Putrajaya
  8. Tahun 2016 - 2019 : Pengarah Seksyen Pengurusan Projek, Bah. Bekalan Air, Kementerian Air Tanah Dan Sumber Asli

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa pengiktirafan antaranya;

a) Anugerah dan Pengiktirafan

  1. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 2015 - KeTTHA
  2. Pingat Khidmat Cemerlang Masyarakat (PMC ) - Negeri Sembilan

b) Sumbangan Dalam Tugas Rasmi

  1. Trainer Modified Budgeting System
  2. Project Owner  Kursus Kopentensi  Water Supply Engineering
  3. Ahli Jawatankuasa Teknikal BBA
  4. Ahli Jawatankuasa Perolehan Perunding BBA
  5. Ahli Jawatankuasa Aset BBA
  6. Ahli Jawatankuasa Kewangan BBA
  7. Pengerusi Jawatankuasa Spesifikasi Projek BBA  yang berkaitan
  8. Pengerusi Jawatankuasa Penilaian Projek BBA yang berkaitan

c) Sumbangan Dan Kegiatan Luar Tugas Rasmi

  1. Ahli Jawatankuasa Jurutera Bekalan Air Se Malaysia (1997 hingga 2003)
  2. Pengerusi Kelab Sukan Jabatan Bekalan Air Daerah Seremban (1996 hingga 2003)
  3. Peserta Sukan Dalaman Karom (mewakili JBA Negeri Sembilan) Sukan Bekalan Air Se Malaysia (1997 hingga 2000)
  4. Pengurus dan Peserta Sukan Boling (mewaklil JBA Negeri Sembilan Sukan Bekalan Air Se Malaysia (2000 hingga 2003)
  5. Ahli Malaysian Water Supply Association

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Diharapkan ENCIK ZULFAKAR BIN ABD HADI dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah.

Semoga beliau dan keluarga sentiasa dikurniakan kesihatan dan kebahagian serta mendapat rahmat dan redha Allah SWT.

Selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan Selamat Bersara.