Date: Isnin, November 11, 2019

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti HAJI ABDUL LATIF BIN SHARIFF, JURUTERA AWAM PENGUASA KANAN, BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT, CAWANGAN DASAR DAN PENGURUSAN KORPORAT yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 13 November 2019.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Pembantu Teknik di JKR Daerah Petaling, Selangor pada 1 April 1981 sebelum dilantik sebagai Jurutera Awam di JKR Daerah Hulu Langat pada 1 Disember 1997. Sepanjang 38 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan dan tempat seperti berikut;

  1. Tahun 1981 - 1997 : Pembantu Teknik, JKR Daerah Petaling, Selangor
  2. Tahun 1997 - 2006 : Jurutera Awam, JKR Daerah Hulu Langat, Selangor
  3. Tahun 2006 - 2007 : Jurutera Awam, Unit Kualiti, Cawangan Pengurusan Korporat
  4. Tahun 2007 - 2008 : Jurutera Awam, Pejabat Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya
  5. Tahun 2008 - 2015 : Jurutera Awam Kanan, Pejabat Ketua Pengarah Kerja Raya
  6. Tahun 2015 - 2018 : Jurutera Daerah, JKR Daerah Petaling, Selangor
  7. Tahun 2018 - 2019 : Jurutera Awam Penguasa Kanan, Bahagian Komunikasi Korporat, CDPK

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa pengiktirafan antaranya;

a) Anugerah dan Pengiktirafan

  1. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 2000, 2005 dan 2010
  2. Pingat Peringatan Jubli Perak (Pingat S.A.S) Oleh DYMM Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah AlHaj pada 28.9.1986
  3. Darjah Kebesaran Setia (S.I.S.) Oleh DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah AlHaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah AlHaj pada 11.12.2017

b)  Pengiktirafan Kelayakan Profesional dan Kekompetenan

  1. Jurutera Profesional, Lembaga Jurutera Malaysia
  2. ISO 9001 QMS Lead Auditor Course - 2007
  3. IATCA Compliant ISO 9000:2000 Series Auditor/ Lead Auditor Training Course No.:A18021 Certified by IRCA - 2001

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Diharapkan HAJI ABDUL LATIF BIN SHARIFF dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah.

Semoga beliau dan keluarga sentiasa dikurniakan kesihatan dan kebahagian serta mendapat rahmat dan redha Allah SWT.

Selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan Selamat Bersara.