Date: Isnin, Oktober 14, 2019

Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti HAJI AHMAD ROSLI BIN ABD. RAHMAN, JURUTERA AWAM PENGUASA KANAN, CAWANGAN PERANCANGAN ASET BERSEPADU yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 19 Oktober 2019.

Beliau mula berkhidmat sebagai Jurutera Awam di Unit JKR DARA pada 13 April 1982. Sepanjang 37 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan dan tempat seperti berikut;

  1. Tahun 1982 - 1983 : Jurutera Awam, Unit JKR DARA
  2. Tahun 1983 - 1990 : Jurutera Awam, JKR Hulu Terengganu
  3. Tahun 1990 - 1995 : Jurutera Awam, Cawangan Jalan
  4. Tahun 1995 - 1999 : Jurutera Awam, Jabatan Kerajaan Tempatan
  5. Tahun 1999 - 2006 : Jurutera Awam, Kementerian Pengajian Tinggi
  6. Tahun 2006 - 2007 : Timbalan Setiausaha Bahagian, Bahagian Pembangunan, Kementerian Pengajian Tinggi
  7. Tahun 2007 - 2011 : Ketua Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Pengurusan Korporat
  8. Tahun 2011 - 2014 : Ketua Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat
  9. Tahun 2014 - 2015 : Jurutera Awam Penguasa Kanan, Cawangan Kejuruteraan Awam dan Struktur
  10. Tahun 2015 - 2017 : Jurutera Awam Penguasa Kanan, JKR WP Putrajaya
  11. Tahun 2017 - 2018 : Jurutera Awam Penguasa Kanan, Kementerian Pendidikan Malaysia
  12. Tahun 2018 - 2019 :  Jurutera Awam Penguasa Kanan, Cawangan Perancangan Aset Bersepadu

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2017. Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Diharapkan agar HAJI AHMAD ROSLI BIN ABD. RAHMAN dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah.

Semoga beliau dan keluarga sentiasa dikurniakan kesihatan dan kebahagian serta mendapat rahmat dan redha Allah SWT.

Selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan Selamat Bersara.