Date: Isnin, March 14, 2022

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti  IBRAHIM BIN ABDUL RAHMAN, KEMENTERIAN ALAM SEKITAR DAN AIR WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYAyang telah menamatkan perkhidmatan sebagai kakitangan awam pada 15 MAC 2022.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Jurutera Kerja Air (J18) ,pada 1 April 1985. Beliau telah berkhidmat hampir 36 tahun dan 11 bulan dalam perkhidmatan awam di pelbagai gred jawatan iaitu;

  1. Tahun 1985-1989: Jurutera Kerja Air (J18) , Bahagian Bekalan Air Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya Pahang
  2. Tahun 1989-1993: Jurutera Bekalan Air (J18), Jabatan Kerja Raya Bekalan Air Pahang Tenggara
  3. Tahun 1993-2001: Jurutera Daerah (J11), Jabatan Bekalan Air Pahang/ Rompin
  4. Tahun 2001-2004: KPP. Korporat (J48), Ibu Pejabat Jabatan Bekalan Air Pahang
  5. Tahun 2004-2009: KPP. O&M (J48), Ibu Pejabat Jabatan Bekalan Air Pahang
  6. Tahun 2009-2010: KPP. Pengeluaran (J48), Ibu Pejabat Jabatan Bekalan Air Pahang
  7. Tahun 2010-2011: KPP. Pengeluaran Hasil (J48), Ibu Pejabat Jabatan Bekalan Air Pahang
  8. Tahun 2011-2015: Timbalan Pengarah (Operasi) (J52)(M), Jabatan Bekalan Air, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air
  9. Tahun 2015-2018: Pengarah BPBRW (J54)(M), Jabatan Bekalan Air, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air
  10. Tahun 2018-2022: Ketua Seksyen SPNRW (J54), Bahagian Bekalan Air, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli/ Kementerian Alam Sekitar dan Air.

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa kelayakan, anugerah dan pengiktirafan antaranya;

a) Sumbangan dan Kegiatan Dalam Tugas Rasmi

  1. Pembentangan Kertas Kerja di Asia Water Conference (Tahun 2012, 2013,2014)
  2. Pembentangan Kertas Kerja di Malaysia Water Conference ( Tahun 2012,2013,2015)

b) Sumbangan dan Kegiatan Luar Tugas Rasmi

  1. Keahlian Persatuan Air Malaysia, MWA
  2. Keahlian Persatuan Air Antarabangsa,IWA

c) Penghargaan dan Pengiktirafan

  1. Ahli Mahkota Pahang (A.M.P)
  2. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang APC 2018 (KATS)

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada Jabatan Kerja Raya khususnya dan negara amnya. Semoga IBRAHIM BIN ABDUL RAHMAN dan keluarga akan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik serta dirahmati Allah.

Selamat Bersara.

"BAKTI DICURAH, JASA DIKENANG"