Date: Khamis, September 19, 2019

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti Ir. ABDUL HADI BIN ABDUL AZIZ, PENGARAH, CAWANGAN KEJURUTERAAN GEOTEKNIK yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 25 September 2019.

Beliau mula berkhidmat sebagai Pembantu Teknik Awam di JKR Daerah Larut Matang, Perak  pada tahun 1982 dan memulakan tugas sebagai Jurutera Awam di JKR Unit DARA Pahang pada 19 November 1984. Sepanjang 37 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan dan tempat seperti berikut;

  1. Tahun 1982 - 1984 : Pembantu Teknik Awam, JKR Daerah Larut Matang, Perak
  2. Tahun 1984 - 1991 : Jurutera Kerja Awam, JKR Unit  DARA Pahang
  3. Tahun 1991 - 1993 : Ketua Cawangan, PKK Negeri Pahang
  4. Tahun 1993 - 1996 : Ketua Cawangan, PKK Wilayah Persekutuan
  5. Tahun 1996 - 2004 : Ketua Cawangan, PKK Selangor
  6. Tahun 2004 - 2005 : Penolong Pengarah Kanan, JKR Negeri Pahang
  7. Tahun 2005 - 2011 : Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Jalan
  8. Tahun 2011 - 2015 : Ketua Penolong Pengarah, Cawangan Kejuruteraan Jalan dan Geoteknik
  9. Tahun 2015 - 2017 : Ketua Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Kejuruteraan Geoteknik
  10. Tahun 2017 - 2019 : Pengarah, Cawangan Kejuruteraan Geoteknik

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa pengiktirafan, antaranya ;

a) Anugerah dan Pengiktirafan

  • Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2009 & 2015
  • Setia Mahkota Pahang (S.M.P) Peringkat III, Pahang

b) Pengiktirafan kelayakan profesional dan kekompetenan seperti berikut;

  • Professional Engineer (Civil) - BEM Reg. No. C115380 & IEM Reg No. M50778
  • Persijilan JKR Malaysia (Geoteknik) - Tahap 4

c) Sumbangan dan Kegiatan Tugas Rasmi

  • Owner Kejuruteraan Geoteknik Disiplin Awam
  • Geotechnical Expert Witness
  • Chairman Geotechnical Technical Committee (SIRIM)
  • Jawatankuasa Khas Siasatan Lebuhraya WCE (SPAN)
  • Jawatankuasa Penyiasatan Bebas Bagi Kajian Kemungkinan (Feasibility Study) Dan Keselamatan Dua (2) Blok Bangunan Di Kawasan Highland Towers, Ulu Kelang, Selangor (KPKT)
  • Kajian Khas Pembinaan KLIA 2 (Jabatan Audit Negara)
  • Audit Pembinaan PKFZ Pelabuhan Kelang (Jabatan Peguam Negara)
  • Unit Pemantauan Bebas Lynas Advance Material Plan Kuantan, Pahang (Agensi Nuklear Malaysia)
  • Pengerusi Panel Peperiksaan Jabatan
  • Jawatankuasa Standard JKR Specifications (Earthworks And Foundation Works)
  • Dilantik Sebagai Penceramah Bagi Kursus-Kursus Kompetensi Kejuruteraan Geoteknik dan Kejuruteraan Awam
  • Membentangkan Kertas Kerja ”Rippability Assessment Of Quartzite In Kenny Hill Formation.” - Sutera Harbour, Sabah (1-3 Disember 2010)

d) Sumbangan dan Kegiatan Luar Tugas Rasmi

  • Yang Dipertua Kelab Kebajikan dan Sukan, Cawangan Kejuruteraan Geoteknik
  • PIARC Working Comittee TC. D4

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Diharapkan Ir. ABDUL HADI BIN ABDUL AZIZ dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah.

Semoga beliau dan keluarga sentiasa dikurniakan kesihatan dan kebahagian serta mendapat rahmat dan redha Allah SWT.

Selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan Selamat Bersara.