Date: Ahad, March 29, 2020

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti Ir. AZIZUL BIN ARIFFIN, PENGARAH CAWANGAN SENGGARA FASILITI BANGUNAN, IBU PEJABAT JKR MALAYSIA yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 6 April 2020.

Beliau memulakan kerjaya pada 23 Ogos 1983 dan sepanjang 37 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan dan tempat seperti berikut;

  1. Pengurus Pembinaan, Kuala Lumpur International Airport Berhad (Pinjaman)
  2. Jurutera Awam, Bahagian Perancang Jalan, Kementerian Kerja Raya (Kader)
  3. Jurutera Awam, Pusat Komputer, JKR Malaysia
  4. Jurutera Rekabentuk, Unit Rekabentuk Jalan Luar Bandar & Zon Tengah, Cawangan Jalan, IP JKR KL
  5. Penolong Pengarah Kanan, Unit Teknologi Maklumat, JKR Malaysia
  6. Pengarah (JUSA C), Cawangan Senggara Fasiliti Bangunan (15 Mac 2016 - 5 April 2020)

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa pengiktirafan antaranya;

a) Anugerah dan Pengiktirafan

  1. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), 1999
  2. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), 2004
  3. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), 2008
  4. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), 2013
  5. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), 2019

b) Pengiktirafan Kelayakan Profesional dan Kekompetenan

  1. Jurutera Profesional (Lembaga Jurutera Malaysia, 2013)

c) Sumbangan Dalam Tugas Rasmi

  1. Keselamatan dan Kesihatan Pekerja
  2. Ahli Jawatankuasa Tema 1 Kerangka JKR 2012-2015
  3. Ahli Jawatankuasa Pengurusan Aset Kerajaan
  4. Ahli Jawatankuasa Pembangunan Kerjaya dan Kebajikan Disiplin Awam
  5. Jawatankuasa Disiplin Jurutera Awam – Owner Kompetensi Pengurusan Aset & Fasiliti
  6. Pegawai Kualiti CKS
  7. Anggota Mesyuarat Perbadanan Putrajaya (Ahli Silih Ganti)
  8. Ahli Jawatankuasa Mesyuarat Audit Perbadanan Putrajaya
  9. Ahli Jawatankuasa Teknikal & Kewangan Projek Penyelidikan JKR Malaysia (JTKPP) 2014-2015
  10. Core Member Community of Practice – Domain Pengurusan Aset & Fasiliti

d) Sumbangan dan Kegiatan Luar Tugas Rasmi

  1. International Facilities Management Association, USA (IFMA)
  2. Malaysian Asset Project Management Association (MAPMA)
  3. Pertubuhan Profesional JKR Malaysia (ProJKRM)

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Diharapkan Ir. AZIZUL BIN ARIFFIN dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah.

Semoga beliau dan keluarga sentiasa dikurniakan kesihatan dan kebahagian serta mendapat rahmat dan redha Allah SWT.