Date: Khamis, Disember 5, 2019

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti Ir. AZMAN BIN ILYAS, JURUTERA MEKANIKAL PENGUASA KANAN, CAWANGAN SENGGARA FASILITI BANGUNAN yang telah menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 1 Disember 2019.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Jurutera Mekanikal di JKR Pahang pada 1 September 1992. Sepanjang 27 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan dan tempat seperti berikut;

  1. Tahun 1992 - 1993 : Jurutera Makanikal, JKR Pahang
  2. Tahun 1993 - 1997 : Jurutera Mekanikal, Jabatan Bekalan Air Pahang
  3. Tahun 1997 - 2004 : Jurutera Mekanikal, JKR Pahang
  4. Tahun 2004 - 2009 : Jurutera Mekanikal Kanan, JKR WP Labuan
  5. Tahun 2009 - 2012 : Jurutera Mekanikal Penguasa, JKR Pahang
  6. Tahun 2012 - 2014 : Jurutera Mekanikal Penguasa, Kementerian Pendidikan Malaysia
  7. Tahun 2014 - 2016 : Jurutera Mekanikal Penguasa Kanan, Caw. Pengurusan Aset Bersepadu 
  8. Tahun 2016 - 2016 : Jurutera Mekanikal Penguasa Kanan, CREATE
  9. Tahun 2016 - 2017 : Jurutera Mekanikal Penguasa Kanan, Cawangan Kejuruteraan Mekanikal
  10. Tahun 2017 - 2018 : Jurutera Mekanikal Penguasa Kanan, JKR Woksyop Persekutuan, Kuala Lumpur
  11. Tahun 2018 - 2019 : Jurutera Mekanikal Penguasa Kanan, Cawangan Senggara Fasiliti Bangunan

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa pengiktirafan, antaranya ;

a) Anugerah dan Pengiktirafan

  1. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun  2007
  2. Pingat Ahli Ahmad Shah Pahang (A.A.P) Oleh DYMM Sultan Pahang Tahun 2010

b) Sumbangan dan Kegiatan Tugas Rasmi

  1. Pencapaian Penilaian Indeks Penarafan Bintang (INDEKS SSR) Tahun 2015

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Diharapkan Ir. AZMAN BIN ILYAS dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah.

Semoga beliau dan keluarga sentiasa dikurniakan kesihatan dan kebahagian serta mendapat rahmat dan redha Allah SWT.

Selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan Selamat Bersara.