Date: Rabu, March 4, 2020

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti Ir. FAZILAH BINTI MUSA, PENGARAH KHIDMAT PAKAR DAN PENGURUSAN, CAWANGAN KEJURUTERAAN AWAM DAN STRUKTUR yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 6 Mac 2020.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Jurutera Rekabentuk di Unit Binaan, Cawangan Rekabentuk & Penyelidikan pada 27 Jun 1983. Sepanjang 37 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan dan tempat seperti berikut;

  1. Tahun 1983 - 1991 : Jurutera Rekabentuk, Cawangan Rekabentuk & Penyelidikan, JKR 
  2. Tahun 1991 - 1997 : Jurutera Awam, JKR Selangor
  3. Tahun 1997 - 2002 : Jurutera Awam, Bhg. Struktur, CKDN, Ibu Pejabat JKR
  4. Tahun 2002 - 2006 : Ketua Jurutera, Bhg. Kejuruteraan, MARDI
  5. Tahun 2006 - 2008 : Penolong Pengarah Kanan, Bhg. Kejuruteraan Awam (Kesihatan), CKASJ, Ibu Pejabat JKR
  6. Tahun 2008 - 2014 : Penolong Pengarah Kanan, Bhg. Struktur Keselamatan, CKASJ, Ibu Pejabat JKR
  7. Tahun 2014 - 2015 : Jurutera Awam Penguasa, Bhg. Jalan, JKR Selangor
  8. Tahun 2015 - 2017 : Jurutera Awam Penguasa Kanan, Bhg. Bangunan, JKR Selangor
  9. Tahun 2017 - 2019 : Jurutera Awam Penguasa Kanan, Bhg. Struktur Pendidikan, CKAS, Ibu Pejabat JKR
  10. Tahun 2019 - 2020 : Pengarah Khidmat Pakar & Pengurusan, Cawangan Kejuruteraan Awam & Struktur, Ibu Pejabat JKR

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa pengiktirafan antaranya;

a) Anugerah dan Pengiktirafan

  1. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2012
  2. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2018

b) Pengiktirafan Kelayakan Profesional dan Kekompetenan

  1. Professional Engineer with Practicing Certificate, Board of Engineers Malaysia

c) Sumbangan Dalam Tugas Rasmi

  1. Jawatankuasa Perlantikan Perunding Projek Negeri
  2. Jawatankuasa Perubahan Harga Kontrak Projek Negeri
  3. Jawatankuasa Perolehan A Kerajaan Negeri Selangor
  4. Jawatankuasa MARRIS
  5. Jawatankuasa Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Selangor
  6. Jawatankuasa Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri
  7. Ketua Auditor OHSAS, JKR Ibu Pejabat
  8. Ketua Audit Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan, JKR Ibu Pejabat
  9. Subject Matter Expert (SME) Projek ICT J10
  10. Ahli Jawatankuasa Kerja Kajian Semula Terma Rujukan Pelantikan Perunding

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Diharapkan  Ir. FAZILAH BINTI MUSA dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah.

Semoga beliau dan keluarga sentiasa dikurniakan kesihatan dan kebahagian serta mendapat rahmat dan redha Allah SWT.

Selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan Selamat Bersara.