Date: Khamis, Julai 30, 2020

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti Ir. GNANA SEKARAN A/L DORAISAMY, JURUTERA AWAM PENGUASA KANAN, CAWANGAN KEJURUTERAAN GEOTEKNIK, IBU PEJABAT JKR MALAYSIA yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 3 OGOS 2020.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Jurutera Awam di JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 2 Oktober 1984. Sepanjang 36 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan dan tempat seperti berikut;

  1. Tahun 1984 - 1988 : Jurutera Awam, JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  2. Tahun 1988 - 1990 : Jurutera Awam, JKR Cawangan Rekabentuk & Penyelidikan
  3. Tahun 1990 - 1993 : Jurutera Awam, JKR Cawangan Kerja Dalam Negeri
  4. Tahun 1993 - 2004 : Jurutera Awam, Kementerian Pertahanan Malaysia 
  5. Tahun 2004 - 2006 : Penolong Pengarah Kanan, JKR Cawangan Kerja Keselamatan
  6. Tahun 2007 - 2013 : Ketua Penolong Pengarah, JKR Cawangan Kerja Pendidikan & Pengajian Tinggi
  7. Tahun 2013 - 2015 : Ketua Penolong Pengarah, JKR Cawangan Kerja Bangunan Am
  8. Tahun 2015 - 2016 : Ketua Penolong Pengarah, JKR Cawangan Kejuruteraan Cerun
  9. Tahun 2016 - 2017 : Ketua Penolong Pengarah, Pasukan Projek Air Mentah Pahang-Selangor, Kem. Tenaga, Teknologi Hijau & Air
  10. Tahun 2017 - 2020 : Jurutera Awam Penguasa Kanan, Cawangan Kejuruteraan Geoteknik, Ibu Pejabat JKR Malaysia

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa anugerah dan pengiktirafan antaranya;

a) Anugerah dan Pengiktirafan;

  1. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (Melintang) Tahun 1999 
  2. Anugerah Perkkhidmatan Cemerlang  (APC) Tahun 2009
  3. Pingat Jasa Kebaktian Tahun 2003 (Selangor)

b) Pengiktirafan Kelayakan Profesional dan Kekompetenan;

  1. Ahli Malaysian Institute of Management (MIM)
  2. Registered Member of The Institute of Engineers, Malaysia (MIEM)
  3. Berdaftar dengan Lembaga Jurutera Malaysia (BEM) sebagai Profesional Engineer
  4. Qualified Project Risk Manager
  5. Qualified ISO Lead Auditor  MS : ISO 9001 : 2008 (QMS Lead Auditor)

c) Sumbangan dan Kegiatan Dalam Tugas Rasmi;

  1. Penceramah dan Ketua Fasilitator untuk bengkel Projek UPSI (Tahun 2009)
  2. Penceramah dan Ketua Fasilitator untuk bengkel Projek Politeknik Jeli (Tahun 2009)
  3. Penceramah dan Ketua Fasilitator untuk bengkel  Projek UDM Kampus  Besut (Tahun 2010)
  4. Penceramah dan Ketua Fasilitator untuk bengkel  Projek Politeknik Sandakan (Tahun 2010)
  5. Penceramah dan Ketua Fasilitator untuk bengkel  Projek Politeknik Balik Pulau (Tahun 2012)
  6. Penceramah dan Ketua Fasilitator untuk bengkel Projek  Khas (Persimpangan Bertingkat Tampoi , Persimpangan Bertingkat Senai dan Ibu Pejabat Kontinjen Johor) JKR Johor (Tahun 2011)
  7. Penceramah dan Ketua Fasilitator untuk Bengkel Projek Kompleks Kerja Raya 2, Jalan Sultan Salahuddin, Kuala Lumpur. (Tahun 2010)
  8. Ahli Lembaga Perolehan Kementerian Sumber Manusia (Tahun 2010) (wakil KPKR)
  9. Program Temuduga Ijazah Luar Negara  JPA (Tahun 2009) – salah seorang ahli panel temuduga  mewakili JKR Malaysia
  10. Ahli Jawatan Kuasa Technical Commitee SIRIM on MS EN 1993 (EC3 Design Of Steel)

d) Sumbangan dan Kegiatan Luar Tugas Rasmi;

  1. Timbalan Pengerusi Lembaga Koperasi Kerja Raya Berhad (Tahun 2020)
  2. Ahli Lembaga Pengarah Koperasi JKR Malaysia Berhad (Tahun 2015 & 2016)

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Diharapkan Ir. GNANA SEKARAN A/L DORAISAMY dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera.

Selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan Selamat Bersara.